CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Padam Muka Chef Riz Tipu Profil MasterChef (Chef Wan )


Padam Muka Chef Riz Tipu Profil MasterChef Kata Chef Wan Tidak Akan Memihak Anaknya.

Duta Makanan Malaysia  (Gambar) Datuk Redzuawan Ismail, yang popular dikenali sebagai Cef Wan menggunakan laman sosial Facebook untuk melahirkan rasa kecewa dan memarahi anak lelakinya, Mohd Nadzri Redzuawan atas kesilapan memberi maklumat berkaitan dirinya dalam program MasterChef Malaysia.

Program MasterChef Malaysia itu disiarkan oleh Astro Ria sejak 22 Oktober lalu.

Menurut Cef Wan, tindakan memberi maklumat ‘berlebihan yang tidak sepatutnya’ bukan sahaja memalukan Nadzri, yang turut dikenali sebagai Cef Riz, malah keluarga personaliti TV itu.

Cef Wan memberitahu peminat dan pengikutnya bahaw beliau hanya mengetahui mengenai isu Cef Riz malam tadi apabila ditemu bual menerusi program televisyen AS, The Today Show.

“Apabila saya diberitahu berita tentang anak saya, saya memberitahu dia bahawa ia bukan sahaja memalukan dia tetapi juga (mengaibkan) saya dan keluarga, dia mesti meminta maaf kepada orang ramai dan menerima kesilapan dan berhadapan dengan kesan,” kata Cef Wan.

Gambar Facebook Chef Wan Dalam Kes Chef Riz Tipu Profil MasterChef Malaysia
Gambar Facebook Chef Wan Dalam Kes Chef Riz Tipu Profil MasterChef Malaysia

Chef Wan merupakan bintang program Best Wan siaran Asian Food Channel ini tidak mempertahankan tindakan anaknya.

Sebaliknya tegas beliau, “biar orang bertindak ke atasnya,  padan muka dia.”

Padam Muka Cef Riz

“Sebagaimana saya selalu mahu bertindak jujur tentang apa yang saya perkatakan, saya memberitahu dia malam tadi bahawa ini tindakan paling buruk berbanding seorang guru menangkap anak muridnya berbohong di kelas. Amat memalukan,” kata Chef Wan lagi.

Cef Wan juga berkata: “Sebagai seorang ayah, saya tidak boleh selalu bertanggungjawab ke atas anak-anak saya yang dah besa-besar ini punya perbuatan.”

Cef Riz, salah seorang juri program itu, merupakan satu-satunya anak lelaki Cef Wan.

(Sumber: The Malaysian Insider)

Tengok Video Chef Riz Sebagai Juri Hakim Bagi Program Realiti MasterChef Malaysia Full Episod.


mohdrohaizad.com - Baguslah apabila Chef Wan mengambil tindakan untuk tidak memihak kes tipu profil anaknya Chef Riz dalam program realiti MasterChef Malaysia. Bahkan Chef Wan tidak teragak-agak untuk menggatakan "Padam Muka" dengan maksud lain, pandai buat pandailah tanggung ya Chef Riz. Jangan tiru gaya Chef Riz tipu profil dalam MasterChef ya kepada peminat-peminat di luar sana.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Padam Muka Chef Riz Tipu Profil MasterChef (Chef Wan ) By Mohd Rohaizad. Published: 10.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...