CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Pelakon Zamarul Hisham Kena Demam Denggi


Betul Ke Pelakon Zamarul Hisham Kena Demam Denggi?

Pelakon berbakat, Zamarul Hisham dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, sejak Ahad lalu apabila disahkan menghidap demam denggi. Menurut Zamarul, ini kali kedua dia dimasukkan ke hospital akibat denggi di mana kali pertama pada tahun 1995. Lebih memilukan, suami kepada pelakon, Diana Rafar ini dimasukkan ke wad pada tarikh yang sama hari jadi anaknya, Kashfi Haiqal yang berumur setahun.

Gambar Zamarul Hisham Kena Hidap Demam Denggi
Gambar Zamarul Hisham Kena Hidap Demam Denggi

“Saya mengalami simptom demam sejak Sabtu lalu. Pada petang  Ahad, saya sempat menyambut hari jadi anak kami yang berumur setahun. Masa itu, saya dah rasa seram sejuk sangat. Namun, selepas itu, saya tetap kuatkan semangat untuk terus pergi ke set penggambaran telemovie terbaru saya, ‘Bismillah’.

“Saya rasa bersalah sangat sebab tinggal sehari saja lagi sebelum penggambaran siap. Ingatkan nak teruskan juga tapi pengarah, Murali Abdullah suruh saya balik. Saya kemudian pergi ke hospital dan selepas membuat pemeriksaan darah, saya disahkan menghidap denggi,” ujar Zamarul Hisham ketika ditemui di DEMC semalam.

Gambar Zamarul Hisham Di Hospital Bersama Rakannya
Gambar Zamarul Hisham Di Hospital Bersama Rakannya

“Sekarang ini di Shah Alam banyak sangat kes denggi. Tapi saya rasa saya kena denggi ini ketika di lokasi penggambaran drama ‘Bismillah’, di Puchong. Drama ini mengenai kisah benar budak yang kena renjatan elektrik baru-baru ini. Kami jalani penggambaran di kawasan lombong dan masa itu saya tak pakai baju dan banyak nyamuk sangat.

“Saya memang rasa bersalah sangat sebab tinggal 17 babak saja lagi. Drama ini untuk slot Cerekarama tapi tak pasti bila tarikh tayangannya. Saya juga akan terlibat dengan drama 20 episod, ‘Anakku Sazali’ pada 4 November ini. Tak tahulah saya dah keluar ke belum masa itu, namun nasib baik produksi itu boleh tunggu. Walau bagaimanapun, saya harap boleh keluar secepat mungkin, sebab saya ini jenis yang tak boleh duduk lama di hospital, bosan sangat.” - Portal Gua.

Tengok Video Drama Lakonan Zamarul Hisham "Mata Ayer".


mohdrohaizad.com - Kesian jugak kan kepada pelakon Zamarul Hisham yang kena hidap demam denggi. Penyakit demam denggi boleh membawa maut jika lambat bertindak ke hospital. Kami mengucapkan semoga Zamarul Hisham cepat sembuh dan kembali berlakon.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Pelakon Zamarul Hisham Kena Demam Denggi By Mohd Rohaizad. Published: 2.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...