CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Pengertian Maal Hijrah 3 Selebriti Bertudung Malaysia


Pengertian Maal Hijrah 3 Selebriti Bertudung Malaysia.

Maal Hijrah memberi makna yang besar dalam sejarah Islam dan semalam seluruh umat Islam di dunia telah menyambut sambutan Awal Muharram atau Maal Hijrah yang ke 1433H dengan penuh dengan kesyukuran.

Penghijrahan bukan sahaja telah dilakukan oleh Nabi Muhammad iaitu berhijrah dari kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi tetapi juga telah dilakukan oleh ramai umat Islam yang mula berhijrah menuju ke arah kebaikan.

Gambar Artis Malaysia Bertudung Cun Jelita
Gambar Artis Malaysia Bertudung Cun Jelita

Penghijrahan diri itu juga telah dilakukan beberapa artis popular tempatan, antaranya Catriona Ross, Siti Nordiana, Diana Amir, Irma Hasmi, pemuzik Sham Kamikaze, Amer Munawer (bekas kumpulan Ruffedge) dan ramai lagi.

Sempena meraikan sambutan untuk semua umat Islam itu, portal murai.com.my telah mendapatkan tiga selebriti tanah air yang sudah berhijrah untuk memberikan sedikit pandangan mengenai makna hijrah dalam diri mereka.

Catriona Ross atau Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross (Pelakon)

"Bagi saya Hijrah bermaksud seorang manusia itu kembali kepada fitrah. Setiap anak Adam dilahirkan dengan fitrah yang tidak pernah membohongi dan sentiasa ingin kepada yang kebaikan, kepada yang maaruf serta dekat dengan pencipta.

"Alhamduilah, tiada kata yang dapat menceritakan bertapa bahagia dan damainya diri saya apabila Allah memanggil saya untuk pulang kepada fitrah.

"Oleh itu, saya ingin mengingatkan sesama kita agar sentiasalah mencari ruang untuk dekat kepada Dia.

"Jangan nantikan malah mulakan pencarian dengan sesungguhnya. Semoga kita sentiasa dalam redha dan Allah Azzwajalla".

Siti Nordiana (Penyanyi)

"Mengimbas kembali sejarah Maal Hijrah, kita pasti kagum dengan pengorbanan Nabi Muhammad yang menempuhi pelbagai dugaan ketika berhijrah dari tanah suci Mekah ke kota Madinah.

"Jadi sebagai pengikutnya, kita patut mengambil tauladan dan pengajaran dari kisah itu. Ketika zaman Rasullah banyak cabaran dan kesukaran yang perlu ditempuhi untuk mendalami dan mendekati Islam berbanding dengan zaman kita sekarang.
"Menyedari perkara itu, saya terus mengambil tindakan untuk berubah dan berhijrah lebih baik ke jalan yang diredhai Allah. Oleh itu, sempena Maal Hijrah ini saya menyeru agar marilah sama-sama kita berhijrah kepada arah kebaikkan agar kehidupan kita menjadi lebih baik, InsyaAllah".

Diana Amir (Pelakon)

"Sebenarnya banyak aspek yang kita boleh lakukan dengan berhijrah kerana hijrah merupakan satu perkara atau perubahan diri yang kita lakukan ke arah lebih baik.

"Saya percaya, sesiapa saja mahukan yang terbaik untuk diri dan hidupnya. Jadi secara tidak langsung kita telah melakukan penghijrahan dalam hidup kita.

"Saya rasa, bila saya mengambil keputusan untuk berubah saya rasa itu adalah yang terbaik untuk diri saya sebagai bekalan di akhirat kelak. Malah sebagai seorang artis, saya rasa secara tidak langsung sekurang-kurangnya saya dapat menunjukan tingkah laku dan akhlak yang baik sebagai panduan untuk peminat saya.

"Jadi sempena Maal Hijrah ini saya harap semua umat Islam mendapat keberkataan daripadaNya. Saya juga ingin menyeru kepada semua untuk berubah sebelum terlambat kerena kita masih ada pelaung untuk berhijrah". (Sumber: Portal Murai)

Tengok Video Lagu Tema Maal Hijrah (MTV HQ Audio) di Youtube.


mohdrohaizad.com - Selamat menyambut tahun baru, salam Maal Hijrah kami ucapkan. Semoga anda semua dapat meningkatkan lagi sahsiah dan potensi diri pada tahun baru ini. Apa pengertian Maal Hijrah bagi diri anda semua?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Pengertian Maal Hijrah 3 Selebriti Bertudung Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 28.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...