CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Peranan KRU Studios Main Kotor Menang Award?


Betul Ke Peranan KRU Studios Main Kotor Lobi Untuk Menang Award?

"Tahun lepas pun sama, bila 'Magika' menang di Festival Filem Malaysia ke-23. Mereka yang kami gelar 'bro' membuat dakwaan kami main 'lobby', jumpa dengan mereka yang berpengaruh dalam membuat keputusan," luah Norman Abdul Halim, membuka cerita tentang kata-kata kurang enak mempertikaikan kemenangan KRU Studios di FFM24 dan Anugerah Industri Muzik ke-18.

"Untuk membuktikan tuduhan tidak berasas pengkritik, 'Magika' telah menang di Anugerah Skrin 2011. Nasib baik mereka tak kata saya ada kawan di TV3. Tetapi sebenarnya persoalan itu tidak patut timbul."

Pada 24 November lalu, pelakon-pengarah Khir Rahman telah ke Twitternya untuk memberitahu, "..ada yg sedang membuat kajian apa peranan dan hubungan KRU dengan mana2 festival.."

Gambar Norman Nafi KRU Studios Main Kotor Lobi Menang Anugerah
Gambar Norman Nafi KRU Studios Main Kotor Lobi Menang Anugerah

Yusry membalas dengan menulis, "cepat sungguh kengkawan prasangka buruk. Tk tahu menahu beb", yang kemudiannya dijawab Khir, "..prasangka buruk atau tidak tu x pasti.. tapi sifat mengkaji tak buruk.. apapun melatah jangan sekali..;)"

"tk melatah sama sekali. Wa keje bukan nk cari award. Tk dpt lg bagus der! Dpt award, hilang kwn," akhiri Yusry.

"Nilaikan karya itu berdasarkan meritnya," ujar Norman yang ditemui petang tadi. "Jangan lihat saja dari sudut konspirasi. Kita tidak boleh maju atau berjaya bila ada saja yang main taktik kotor. Fikirkanlah dengan rasional mengapa sesuatu karya itu boleh mendapat penghargaan dari nak tembak saja semua yang menang. 'Survive' atas merit dan integriti sendiri. Kami tidak pernah meminta 'favours' sebab kami mahu 'our conscience to be clear'.

Ramai Pandang Serong KRU Studios

"Sebenarnya, sejak tahun lepas kami sedar ada yang akan berkata-kata bila kami menang, dan mereka inilah yang pernah bekerjasama dengan kami, yang kami tawarkan kerja. Tetapi mereka ini juga mempunyai karya-karya yang dipertandingkan dan semestinya mereka lebih 'attach to it' berbanding karya-karya dimana mereka hanya watak pembantu.

"Tuduhan (yang dibuat) itu tidak berasas. Jika mereka ingin dihormati, tunjukkan bukti. Jangan hanya membuat spekulasi atau tuduhan. Jika apa yang mereka katakan itu 'liable', saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Saya tahu siapa mereka ini yang sedang 'tweet'."

Buktikan Jika KRU Studios Main Kotor

Tambah Norman lagi, tuduhan seperti ini dilihat sebagai "typical Malaysian". "Bila menang saja, adalah yang mengata 'the result's been rigged'. Mereka ini boleh membuat pilihan sama ada nak jadi "small-minded" dan kekal di takuk lama atau mereka boleh memperbaiki lagi diri mereka. Terpulanglah."

Akui Norman, awalnya bila mengetahui tentang tuduhan yang dibuat, dia agak marah, lebih-lebih lagi bila ada yang mengatakan ia berkaitan dengan hubungan politik.

"Saya bukan jenis orang seperti itu. Saya tidak takut pada apa-apa. Jika ada apa-apa penyiasatan teruskan. Sedih bila ada yang berfikiran begitu, yang berniat jahat dan dengki." (Sumber: Portal Gua)

mohdrohaizad.com - Abang Norman KRU pun dah terasa hati. Biarlah dia orang nak mengkaji atau menyiasat, andai tidak salah tidaklah perlu takut kan? Adakah benar KRU Studios memainkan peranan "Main Kotor" lobi untuk menang "Award" anugerah yang dipertandingkan? Terpulanglah kepada anda untuk menilai.. "Masakan pokok bergoyang kuat tanpa ada ribut angin melanda.."

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Peranan KRU Studios Main Kotor Menang Award? By Mohd Rohaizad. Published: 29.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...