CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Safura Yaacob Mengaji Al-Quran Bila Teringat Arwah Anak


Safura Yaacob Mengaji Al-Quran Bila Teringat Arwah Anak.

Pelakon Safura Yaacob mengikut pesanan arwah bapanya untuk membaca surah Al-Fatihah dan mengaji Al-Quran apabila teringatkan arwah anaknya, Nur Aisyah Mariam yang meninggal dunia pada 12 September lalu.

Menurut Safura Yaacob, beberapa hari sebelum arwah bapanya meninggal dunia selepas pemergian anaknya, arwah bapanya sempat memberikan nasihat dan pesanan.

“Arwah bapa saya memahami perasaan saya yang kehilangan anak dan sehingga sekarang saya masih terkenangkan Mariam dan terpaksa menangis untuk melepaskan perasaan ini.

“Bagaimanapun dalam masa yang sama saya reda dengan pemergiannya dan arwah ayah pesan kalau teringatkan dia, selalu baca Al-Fatihah dan mengaji untuk mendapat jiwa yang lebih tenang,” kata Safura Yaacob kepada mStar Online.

Gambar Safura Yaacob dan Sharonizam Noor Teringat Arwah Anak
Gambar Safura Yaacob dan Sharonizam Noor Teringat Arwah Anak

Selepas kehilangan dua insan tersayang, Safura Yaacob yang sedang hamil lebih 7 bulan diuji lagi apabila anaknya yang keempat, Yusoff Firdaus berusia 1 tahun 11 bulan dimasukkan ke hospital kerana mengidap demam dan paru-paru berair.

“Alhamdulillah, selepas dikeluarkan dari hospital pada dua minggu lalu, Yusoff sudah sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

Safura Yaacob Mengandung Berehat Berlakon

“Sekarang, saya juga terpaksa berehat daripada lakonan disebabkan sedang sarat mengandung.

“Apabila saya menyibukkan diri dengan anak-anak, sekurang-kurangnya rasa sedih kepada Mariam terubat sedikit,” ujar Safura Yaacob mengakhiri temubual.

Safura bakal muncul dalam supertelefilem Parit Jawa di Astro Box Office Movie Tayangan Hebat (saluran 952) pada Disember ini. (Sumber: Mstar)

Tengok Video Klip Safura dan Oney "Jangan Menangis Sayang".


mohdrohaizad.com - Suka-duka kisah artis, bersabar kak Safura Yaacob, banyakkanlah mengaji al-Quran dan sedekah al-Fatihah kepada arwah anak semoga tenang aman di sana.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Safura Yaacob Mengaji Al-Quran Bila Teringat Arwah Anak By Mohd Rohaizad. Published: 23.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...