CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Saiful Apek Didakwa Ambil Dadah Jenis Ganja


Saiful Apek Didakwa Ambil Dadah Jenis Ganja, Namun Menafikannya.

Pelakon komedi, Saiful Apek (gambar) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas tuduhan mengambil dadah jenis ganja, tahun lalu.

Pelakon Saiful Apek mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Apek atau nama sebenarnya (Gambar) Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, di sini.

Bagi kesalahan itu, Saiful Apek pelakon yang pernah membintangi filem Senario The Movie 4 dan Sifu & Tongga itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.

Gambar Saiful Apek Didakwa Ambil Dadah Jenis Ganja
Gambar Saiful Apek Didakwa Ambil Dadah Jenis Ganja

Jika sabit kesalahan, tertuduh Saiful Apek yang mempunyai tiga orang anak itu boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Pendakwaan terhadap Saiful Apek bekas pemenang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berira Harian 2003 dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh dan Fadilah Shah Abdul Latiff.

Turut didakwa di mahkamah sama ialah tiga rakan Apek, termasuk Pengurus Gitu-Gitu Production Sdn Bhd, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, tahun dan dua pekerja sambilan kru produksi itu, Shaiful Baharom, 24 tahun, serta Noremy Mohamad, 28 tahun.

Saiful Apek Mengaku Tidak Bersalah Mengambil Ganja

Semua mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan sama.

Ahmad Ishrakh Saad menawarkan wang jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh, bagaimana mahkamah membenarkan jaminan pada jumlah RM2,500 dengan seorang penjamin.
Kes akan disebut semula pada 23 Disember depan.

Media sebelum ini melaporkan Saiful Apek ditahan bersama empat rakannya lain atas kesalahan dadah di sebuah apartmen pada 12 Jun tahun lalu. -Mstar.

Tengok Video Saiful Apek Terbaru Dalam Filem Raya Tak Jadi.


mohdrohaizad.com - Adakah Saiful Apek akan dipenjarakan? Bukti-bukti sudah ada oleh pihak polis, nampaknya Saiful Apek tidak akan terlepas lagi selepas ini.. Bilalah Saiful Apek dan rakan-rakannya nak insaf ya?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Saiful Apek Didakwa Ambil Dadah Jenis Ganja By Mohd Rohaizad. Published: 2.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...