CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Sharifah Shahirah Tinggalkan Deejay Radio Suria FM


Sharifah Shahirah Tinggalkan Deejay Radio Suria FM Sebab Sibuk.

Susulan daripada isu penyampai radio Sharifah Shahirah yang dikatakan mahu meninggalkan stesen radio Suria FM, ternyata bukanlah kerana perasaan tidak puas hati sebaliknya bagi menjaga kebajikan keluarganya.

Sharifah Shahirah yang ditemui ketika di parti EH! 20 Yang Anggun baru baru ini, mengakui dia memang ada menanam niat untuk berhenti daripada terus menjadi deejay radio tapi perlulah dengan alasan paling munasabah.

"Saya masih lagi mengendalikan program pagi, Breakfast @ Suria Bersama Kerinting 3. Malah kontrak saya bersama Suria FM ada lagi sehingga Januari ini dan saya masih memikirkannya sama ada mahu menyambungnya atau tidak.

"Pihak Suria FM sendiri, masih belum bertemu dengan saya lagi untuk membincangkan tentang kontrak saya. Mungkin tidak lama lagi kami akan berpeluang berbuat demikian," katanya yang ditemui sejurus saja selesai menjadi pengacara parti majalah fesyen dan gaya hidup berkenaan.

Gambar Sharifah Shahirah Mahu Tinggalkan Radio Suria FM
Gambar Sharifah Shahirah Mahu Tinggalkan Radio Suria FM

Sharifah Shahirah akui, kebelakangan ini berhadapan dengan masalah masa dan keluarga yang secara tidak langsung telah menganggu tugasnya bukan saja sebagai deejay radio, malahan pengacara majlis, hos TV serta pelakon.

Ketiadaan pembantu rumah lamanya yang kini sudah pulang ke tanah seberang, nyata telah menyekat perjalanan rutin hariannya sebagai dejay radio, apatah lagi dia perlu mengambil alih tugas suri rumah berkenaan dengan rasa tanggung jawab.

Kata Sharifah Shahirah lagi, bukan tidak mahu mengambil pembantu rumah baru, malah ada beberapa pembantu rumah yang diambil, enggan menguruskan kerenah empat orang anaknya yang masih bersekolah dan aktif menjalani kehidupan mereka sebagai kanak-kanak.

"Inilah dilema yang saya hadapi sekarang. Jika saya meninggalkan Suria FM, mungkin inilah alasannya kerana saya mahu menumpukan sepenuhnya kepada anak-anak dan tugas di rumah. Setakat ini saya tak jumpa lagi pembantu rumah yang berkelayakan.

Sharifah Shahirah Sibuk Tawaran Semakin Laku

"Saya juga sedar, sejak saya menjadi dejay radio rancangan pagi di Suria FM, jadual tidur saya sering tidak menentu.Disamping perlu membuat kerja pengacaraan yang lain, saya juga perlu bagun seawal jam 5 pagi setiap hari.

"Sampaikan anak-anak saya sendiri merungut kerana saya tidak banyak mengisi masa bersama mereka. Sehinggakan saya sendiri tak kenal siapa kawan-kawan anak saya.

"Kerana tidak mempunyai masa rehat yang cukup juga, adakalanya bila mengendalikan rancangan pagi di Suria FM atau majlis-majlis lain, saya banyak mengarut. Daripada saya terus mengarut , lebih baik saya memperbaiki keadaan sebelum terlambat," jelasnya jujur.

Sejak mendirikan rumah tangga bersama aktor kacak, Ijoi, Sharifah Shahirah telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Allisya, 13, Airell,7, Airra, 4, dan Auddra, 2.

Sharifah Shahirah Tolak Tawaran Berlakon Demi Suria FM

Menafikan, rezekinya kurang lebat sejak menyertai Suria FM, Sharifah Shahira berkata dia masih menerima pelbagai tawaran berlakon dan pengacaraan bagaimanapun kebanyakannya terpaksa di tolak kerana faktor masa.

Jelas Sharifa Shahirah, tumpuannya kini lebih kepada anak-anaknya yang semakin membesar dan hanya memilih tugas pengacaraan untuk acara makan malam atau majlis tidak rasmi seperti parti EH! 20 Yang Anggun berkenaan.

"Tawaran itu banyak, tak kira daripada Media Prima ataupun Astro. Tapi saya yang tidak dapat melakukannya kerana komitmen dengan anak-anak dan perlu bangun pagi seawal jam 5 pagi.

"Tapi saya bersyukur, kerana masih mampu membuat beberapa program TV seperi program masak mesaka Mangkuk Tingkat yang kini sedang ditayangkan," katanya.

Menjawab pertanyaan adakah dia mengalami kesukaran bekerja dengan barisan penyampai radio Suria FM yang lain seperti Halim Othman dan Zizi, dia menafikan sekeras-kerasnya sebaliknya mengakui setiap seorang deejay stesen radio berkenaan telah banyak membantunya untuk menjadi penyampai radio yang baik sehingga hari ini. (Sumber: Portal Murai)

Tengok Video Sharifah Shahirah Mengulas Tentang Gempa Bumi Di Haiti.


mohdrohaizad.com - Nampaknya kak Sharifah Shahirah akan berhenti menjadi deejay radio Suria FM tidak lama lagi. Kalau anda semua perasan, Sharifah Shahirah sentiasa muncul dimana jua dalam lakonan, pengacaraan, jadi juri, jadi deejay radio, dalam iklan dan sebagainya. Mesti sibuk gila Sharifah Shahirah ni.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sharifah Shahirah Tinggalkan Deejay Radio Suria FM By Mohd Rohaizad. Published: 23.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...