CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Shoffi Jikan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Malaysia


Shoffi Jikan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Malaysia Pada Festival Filem.

Pelakon hebat, Shoffi Jikan mengaku dia pernah rasa kecewa kerana kerja lakonannya seperti tidak diendahkan khalayak.

Bagaimanapun, Shoffi Jikan berkata, tuah filem KL Gangster telah membuka mata ramai pihak kepada bakatnya yang selama ini tidak disedari sehingga berjaya memperoleh Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada festival Filem Malaysia 24 (FFM24).

Gambar Shoffi Jikan Filem KL Gangsters Naikkan Namanya
Gambar Shoffi Jikan Filem KL Gangsters Naikkan Namanya

"Sepanjang 15 tahun saya berlakon, anugerah ini merupakan kejayaan berganda kerana inilah pertama kali saya dicalonkan dalam mana-mana majlis anugerah dan terus dinobatkan.

"Dan sepanjang saya berkecimpung dalam industri ini, diakui saya pernah kecewa kerana hasil kerja saya seperti tidak dilihat.

"Syukur, berkat kesabaran dan kesungguhan dalam setiap tawaran lakonan yang diberi akhirnya diterima ramai. Tambah pula saya mengikuti segala promosi filem KL Gangster walaupun jadual kerja begitu padat," katanya.

Shoffi Jikan Kecewa Lakonan Tidak Mendapat Perhatian

Tambah Shoffi Jikan, walaupun pernah kecewa kerana tidak diendahkan lakonannya, pelakon ini tidak pernah mengambil sikap sambil lewa dengan setiap kerja-kerja lakonannya.

Malah,Shoffi Jikan memberi fokus lebih daripada 100 peratus dalam menjayakan sesebuah watak.

"Biasanya saya memang bersungguh-sungguh dengan kerja yang diberi. Maklumlah, lakonan adalah periuk nasi saya dan semesti akan buat yang terbaik bagi setiap watak yang diberi.

Shoffi Jikan Pernah Pengsan Demi Jayakan Watak Lakonan

"Sampaikan saya kerap pengsan kerana mengeluarkan segala tenaga dan emosi bagi setiap watak lebih-lebih lagi bagi watak gangster menerusi KL Gangster. Bukan filem ini sahaja, banyak lagi filem seperti Bohsia, Kongsi, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan lain-lain lagi dimana saya berlakon sampai pengsan," ujarnya.

Sementara itu, kata Shoffi, wang sebanyak RM10,000 yang diperoleh hasil kemenangan itu akan dikongsi sedikit dengan teman-teman yang sentiasa menyokongnya. (Sumber: MStar)

Tengok Video Shoffi Jikan Memenang Watak Dalam KL Gangster.

mohdrohaizad.com - Tahniah kepada Shoffi Jikan yang berjaya memenangi pelakon pembantu terbaik dalam festival filem Malaysia ke-24. Ternyata filem KL Gangster menaikkan nama Shoffi Jikan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Shoffi Jikan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 22.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...