CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Wajah Zizan Raja Lawak Eksklusif Astro Warna


Betul Ke Wajah Zizan Raja Lawak Eksklusif Pihak Astro Warna?

Baru-baru ini kami mendapat khabar angin kononnya naib juara program realiti Raja Lawak musim pertama, (Gambar) Mohd Razizan Abd Razak atau Zizan Raja Lawak, bakal menjadi wajah eksklusif Astro.

Jika benar cerita yang kami dengar ini, tertanya juga bagaimana kerjaya Zizan Raja Lawak sebagai pengacara Melodi di TV3 selepas ini.

Gambar Zizan Raja Lawak Akan Menjadi Ikon Astro Warna
Gambar Zizan Raja Lawak Akan Menjadi Ikon Astro Warna

Kami berpeluang bertemu dengan Zizan Raja Lawak di lokasi penggambaran filem terbarunya, ‘Mael Lambong’ arahan Ahmad Idham di Pusat Sains Negara, baru-baru ini. Kesempatan ini digunakan kami untuk bertanyakan kepada empunya badan mengenai khabar angin tersebut.

“Ya, memang benar saya ditawarkan oleh pihak Astro tapi saya belum tahu lagi apa yang mereka nak. Setakat ini saya masih tak tandatangani apa-apa kontrak lagi. Apa yang saya tahu, mereka menawarkan saya untuk menjadi wajah eksklusif Astro Warna.

Zizan Raja Lawak Hanya Akan Muncul Bawah Label Astro?

Apabila ditanya bagaimana kerjayanya sebagai pengacara Melodi TV3 selepas ini, Zizan Raja Lawak memberitahu, “Saya tak boleh nak jawab sebab tak tengok lagi kontrak itu.

Semuanya masih dalam perbincangan dan bergantung kepada kontrak tersebut. Bagi saya, setiap perkara mesti ada pengorbanan,” ujar Zizan Raja Lawak enggan mengulas lanjut mengenai hal itu lagi. (Sumber: Portal Gua)

Tengok Video Gosip Zizan Raja Lawak Dalam Fuhhh! Selongkar.


mohdrohaizad.com - Zizan Raja Lawak kena fikir baik-baik sebelum menjadi wajah eksklusif Astro Warna. Yalah, sebelum ini ada juga artis yang menjadi wajah eksklusif Astro tetapi hanya menyerlah dalam Astro. Apa-apa pun Zizan Raja Lawak buatlah yang terbaik demi para peminat, jangan hanya fikirkan keuntungan diri sendiri. (Astro mesti bayar mahal kepada Zizan Raja Lawak)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Wajah Zizan Raja Lawak Eksklusif Astro Warna By Mohd Rohaizad. Published: 23.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...