CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Zila AF4 Lahirkan Anak (Ahmad Danial) Along Raja Lawak Jadi Bapa


Tahniah! Zila AF4 Selamat Lahirkan Anak (Ahmad Danial) Along Raja Lawak Jadi Bapa.

Selepas lebih setahun mendirikan rumahtangga, Along Raja Lawak dan isteri, Zila AF4 akhirnya bergelar ibu dan bapa apabila pasangan ini telah menimang cahaya mata sulung pada 12 November lalu. Zila atau nama sebenarnya (Gambar) Nur Azilah Seeron selamat melahirkan putera sulung mereka, Ahmad Danial seberat 2.55 kilogram secara normal di Hospital Pakar An-Nur Bandar Baru Bangi.

“Alhamdulillah, Zila selamat melahirkan anak kami pada 12 November lalu, jam 2.04 petang. Zila kini sedang berpantang di rumah ibu saya di Johor. Buat masa ini, Zila akan fokus untuk menjaga anak kami dan saya tak halang Zila jika dia nak kembali semula dalam industri hiburan,” ujar Along Raja Lawak ketika ditemui di Holiday Villa, Subang, petang semalam.

Gambar Along Raja Lawak dan Isterinya Zila AF4 Hamil Mengandung
Gambar Along Raja Lawak dan Isterinya Zila AF4 Hamil Mengandung

Along atau nama sebenarnya (Gambar) Muhammad Nizamudin Ahmad memberitahu, dia kini sering berulang alik dari Kuala Lumpur ke Johor untuk melawat isteri dan anaknya itu. Along ketika ditemui turut berkongsi pengalamannya ketika menyambut kelahiran anak sulungnya itu.

“Doktor bagi peluang untuk saya merasai pengalaman menyambut anak. Masa itu saya menitis air mata kerana baru saya tahu kenapa Tuhan bagi syurga di bawah telapak kaki ibu. Masa Zila mula nak teran, dia dah minta maaf, minta saya ampunkan dosa dia serta halalkan makan minum dia.

Gambar Anak Zila AF4 dan Along Raja Lawak
Gambar Anak Zila AF4 dan Along Raja Lawak

“Saya ingat lagi, Zila pegang katil sampai nak bengkok. Zila tak mahu ambil epidural sebab dia nak buat semuanya secara normal. Masa Zila teran, dia hampir pengsan. Saya dah panik masa itu dan hanya mampu berdoa saja ketika itu. Lepas Zila bersalin, saya terus sujud syukur,” ujar Along Raja Lawak sambil mengakui berasa sedih.

Gambar Anak Zila AF4 Diberi Nama Ahmad Danial
Gambar Anak Zila AF4 Diberi Nama Ahmad Danial

“Sebenarnya sebelum ini Zila mengandung anak kembar. Namun, masa ABPBH April lalu, dia mengalami pendarahan dan seorang lagi anak tak dapat diselamatkan. Kiranya Danial ini adik lah. Apa-apapun, anak saya ini memang unik. Bila Danial menangis saja, Zila akan buat 3G. Saya akan panggil nama dia dan dia terus diam dan tidur. Dia memang dengar kata,” ujar Along Raja Lawak sebelum mengakhiri perbualan. (Sumber: Portal Gua)

Tengok Video Zila AF4 Dalam Konsert Akademi Fantasia Musim Ke-4 "Jika Kau Kekasih".


mohdrohaizad.com - Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Along Raja Lawak yang kini menjadi bapa dan Zila AF4 yang selamat lahirkan anak diberikan nama Ahmad Danial. Semoga pasangan suami isteri ini gembira dan bahagia dengan kehadiran baru cahayamata mereka.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Zila AF4 Lahirkan Anak (Ahmad Danial) Along Raja Lawak Jadi Bapa By Mohd Rohaizad. Published: 25.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...