CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Abby Fana Pakai Tudung Selepas Kerjakan Haji di Mekah


Tahniah! Abby Fana Pakai Tudung Selepas Kerjakan Haji di Mekah.

Abby Fana dikenali ramai sebagai selebriti yang serba boleh dalam dunia penyiaran tanah air. Suaranya bukan sahaja sinonim di radio Sinar FM setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 10 pagi hingga 1 petang.

Malah, wajahnya juga antara yang ditatap oleh para penonton rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3, dua kali seminggu dari pukul 6.30 pagi hingga 9 pagi. Justeru, suara dan penampilan Abby di radio dan televisyen (TV) memang sentiasa menjadi perhatian ramai peminatnya.

Bagaimanapun, sekembalinya dia daripada mengerjakan haji di Mekah dari 12 Oktober hingga 25 November lalu, selebriti berusia 45 tahun ini berubah imej. Dia bukan lagi Abby dengan imej lamanya tetapi kini tampil lebih ayu dengan bertudung.

Gambar Terkini Abby Fana Bertudung Mengikut Fesyen Muslimah
Gambar Terkini Abby Fana Bertudung Mengikut Fesyen Muslimah

Menurut pemilik nama sebenar Habsah Omar ini, para peminat terutamanya penonton MHI tidak terkejut dengan perubahan dirinya itu. Para pendengar Sinar FM juga positif dengan perubahan dirinya yang kini bergelar hajah itu.

“Saya mula ke udara di Sinar FM pada Isnin lalu. Sebelum itu, satu pengumuman dibuat di laman sosial Facebook saluran radio ini.

“Dalam masa tidak sampai 10 minit, status saya bertudung dikeluarkan, tanda ikon likes di Facebook itu mencecah 500 pengunjung yang menyukainya.

“Saya yakin jumlah itu sekarang ini terus meningkat. Selain itu, para penonton MHI juga positif dengan imej baru saya sejak saya kembali bersiaran dalam rancangan itu pada minggu lalu,” katanya kepada S3 sewaktu ditemui di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Gambar Abby Fana Seksi Hot Selebriti Malaysia
Gambar Abby Fana Seksi Hot Selebriti Malaysia Suatu Ketika Dulu

Sungguhpun mendapat reaksi positif daripada para peminat Abby, tetapi sayangnya anak ketiga daripada lima beradik ini tidak terkecuali menerima reaksi negetif daripada segelintir pihak yang seakan-akan kurang senang dengan penampilan barunya itu.

Tutur ibu tunggal kepada Muhd. Afiq Nazrin, 21 tahun, Muhd. Adli Nazrin, 20 tahun, dan seorang anak angkat, Azra Qalilah, setahun enam bulan ini, ekoran perubahan itu dia dilempar dengan pelbagai gelaran yang kurang enak didengar.

Abby Fana Menjadi Janda / Ibu Tunggal

“Ada yang kata imej baru saya itu macam fesyen makcik-makciklah, macam kakitangan kerajaanlah, macam cikgu sekolah dan macam-macam lagi. Saya hanya mampu mendengar dan tidak mahu komen lebih-lebih. Biarlah apa orang hendak kata.

“Bagi saya, isu seperti itu kurang bijak untuk diambil tahu. Ia tidak menjadi kudis buat diri saya. Apa yang penting perubahan ini sebagai suatu hijrah ke arah yang lebih baik demi mencari keredaan Allah.

“Pada masa sama, ada juga kawan-kawan yang bukan beragama Islam bertanya mengapa saya bertudung selepas menunaikan haji.

“Soalan yang macam ini, saya perlu jawab bagi memberi kefahaman kepada mereka tentang hukum bertudung dalam Islam. Saya juga perlu menjelaskan bertudung bukan sebab kerana trend atau sebab-sebab lain tetapi hanya kerana Allah dan menurut tuntutan agama,” jelasnya.

Abby Fana Tampil Imej Sopan

Dalam pada itu, bersesuaian dengan imejnya yang lebih sopan, anak kelahiran Bukit Pasir, Muar, Johor itu kini lebih membataskan pergaulan dan tutur katanya terutama sewaktu ke udara melalui TV dan radio agar ia memberi manfaat kepada para audiensnya.

Jelas Abby yang telah 18 tahun bergelar ibu tunggal, dia seboleh-bolehnya akan menyelitkan nasihat ataupun ilmu berguna untuk disampaikan kepada para audiensnya sama ada sewaktu bersiaran di radio dan TV.

“Sebenarnya, sejak belum bertudung dan mengerjakan haji lagi, saya sudah mempraktikkan semua itu. Saya cuba menyelitkan tips, nasihat atau sedikit ilmu pengetahuan untuk dikongsi bersama para audiens saya.

“Bagi saya, hiburan tanpa secalit ilmu ia akan jadi sia-sia sahaja. Biarpun saya seorang yang suka bergurau senda dan mengusik orang tetapi saya kini cuba membataskannya agar ia tidak melukai hati mana-mana pihak,” ujarnya yang telah bertugas sebagai penyampai slot Sembang Sinar di Sinar FM sejak tahun 2006.

Abby Fana Mencari Tudung Bersesuaian

Tambah bekas penyampai radio THR dari tahun 1997 hingga 2006 ini, dia mendapat dorongan dan bantuan daripada sanak saudara dan rakan-rakannya bagi mendapatkan tudung yang bersesuaian dengan statusnya sebagai seorang selebriti TV dan radio yang popular.

“Makcik saya, Kasmah, 55, antara orang yang banyak membantu saya bertudung. Apatah lagi, kami tinggal serumah di mana sejak dulu saya selalu membelikannya tudung. Sekarang apabila saya bertudung, saya pula yang meminjam semula tudung-tudung yang saya pernah belikan untuknya dulu,” katanya lagi sambil ketawa kecil. (Sumber: Utusan Malaysia)


Video Abby Fana Sebagai Penyampai Radio Malaysia "Sembang Sinar" Sinar.FM.


mohdrohaizad.com - Tahniah kami ucapkan diatas penghijrah Abby Fana pakai tudung selepas kembali dari kerjakan haji di Mekah. Diharap perubahan Abby Fana ini diikuti oleh ramai lagi selebriti di Malaysia.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Abby Fana Pakai Tudung Selepas Kerjakan Haji di Mekah By Mohd Rohaizad. Published: 17.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...