CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Acha Septriasa Hanya Pilih Cowok Indonesia


Acha Septriasa Hanya Pilih Cowok Indonesia Untuk Berkahwin?

Meskipun sudah lebih tiga tahun menetap di negara ini, namun pelakon dan penyanyi popular Indonsia, Acha Septriasa, 22 tahun, akui tidak pernah menjalinkan apa-apa hubungan cinta bersama jejaka tempatan.

Malah dia menafikan gosip yang pernah mengaitkan dirinya bercinta dengan seorang jejaka Malaysia sebelum ini.

Sebaliknya dia akui pernah bercinta dengan jejaka Indonesia yang juga pelajar di tempat pengajiannya, Lim Kok Wing cawangan Malaysia.

Acha Septriasa Tiada Hubungan Cinta Dengan Jejaka Malaysia
Acha Septriasa Tiada Hubungan Cinta Dengan Jejaka Malaysia

"Saya tahu, sebelum ini ada gosip yang mengatakan saya bercinta dengan orang Malaysia. Padahal ketika itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan orang Indonesia yang juga senior di tempat saya belajar.

"Kami sempat menjalinkan hubungan cinta selama 10 bulan sebelum dia melanjutkan pelajaran ke London.

"Selain jarak kami yang jauh kami mengambil keputusan untuk putus kerana perbezaan agama. Jadi kini sudah sembilan bulan yang lalu saya solo dan tidak punya kekasih," kata Acha Septriasa lagi.

Acha Septriasa Tolak Cinta Jejaka Malaysia?

Nafi sengaja menolak cinta daripada jejak tempatan, menurut Acha Septriasa dia akui lebih senang lagi selesa untuk menjalin hubungan dengan jejaka yang berasal dari negaranya sendiri.

"Terus-terang jejaka Malaysia semuanya baik-baik orangnya. Namun saya lebih selesa berkawan daripada menjalinkan hubungan serius seperti bercinta.

"Mungkin kerana perbezaan tempat asal dan kelahiran saya. Jadi kurang cocok(padan) untuk menjalinkan hubungan cinta dengan jejaka Malaysia.

"Tetapi mengikut pengalaman saya, pasti jejaka Indonesia juga yang berjaya menambat hati saya," luahnya lagi.

Acha Septriasa Keluar Single Lagu "Makna Cinta"

Bercakap mengenai perkembangan terbarunya, Acha yang baru sahaja keluar dengan single Makna Cinta di Malaysia bakal tampil dengan genre muzik baru menjelang tahun hadapan.

"Saya merancang selepas ini mahu keluar dengan single bergenre R&B dan dance kerana saya dapati vokal saya lebih terserlah bila menyanyikan lagu berentak begitu," tambahnya

Acha bakal pulang ke negara asalnya pada penghujung Disember ini selepas tamat pengajian pada 17 Disember lalu bagi menyambung kariernya di sana.

Pelatun lagu Sampai Mentup Mata ini juga akan memulakan penggambaran filem baru berjudul Bikers In Love di Indonesia menjelang tahun depan. (Sumber: Portal Murai)


Video Acha Septriasa & Irwanshah "Ada Cinta".


mohdrohaizad.com - Acha Septriasa memilih cowok Indonesia sebab lebih selesa dengan orang negaranya. So kepada peminat-peminat Acha Septriasa terutamanya yang lelaki tiada peluang ya untuk mengambil hatinya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Acha Septriasa Hanya Pilih Cowok Indonesia By Mohd Rohaizad. Published: 20.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...