CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Adik Khairul Fahmi (Apex) Meninggal Dunia (Takziah & Al-Fatihah)


Adik Kesayangan Khairul Fahmi (Apex) Meninggal Dunia (Takziah & Al-Fatihah).

Sebaik saja penjaga gol kebangsaan, (Gambar) Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 22 tahun, menjelaskan mungkin bakal bersara awal sekiranya pelbagai tohmahan negatif berterusan melanda dirinya, portal murai mendapat tahu musibah lain pula menimpanya.

Adik lelaki kepada penerima anugerah penjaga gol terbaik Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 itu, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12 tengah hari tadi.

Adik Khairul Fahmi itu dilaporkan meninggal dunia di hospital akibat jangkitan kuman di bahagian otak.

Gambar Khairul Fahmi Sedih Menangis Adik Kesayangan Meninggal Dunia
Gambar Khairul Fahmi Sedih Menangis Adik Kesayangan Meninggal Dunia

Menurut sumber, remaja berusia 17 tahun itu tidak sempat mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana telah berada dalam keadaan koma selepas ditahan dalam wad selama tiga minggu untuk menerima rawatan.

Sumber juga memberi tahu , sewaktu Apex menerima berita sedih ini, pemain bola sepak itu baru saja tiba di Kuala Lumpur untuk melaporkan diri selepas mendapat cuti selama lima hari dari skuad Olimpik.

Sebelum tiba di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, pagi tadi, Apex telahpun berada di Pulau Pinang semalam kerana terlibat dengan majlis anjuran Astro Arena.

Anak keempat daripada lima beradik itu sepatutnya menggunakan cutinya untuk bertemu adik kesayangannya di hospital.

Khairul Fahmi Balik Kelantan Tengok Jenazah Adik Buat Kali Terakhir

Bagaimanapun, sebaik saja menerima berita sedih ini, Apex terus bergegas pulang ke Kelantan dan berkemungkinan terpaksa mengambil cuti kecemasan selama beberapa hari.

Namun begitu, Apex terpaksa bersiap sedia untuk berangkat ke Sydney, Australia pada 10 Disember ini untuk menjalani perlawanan persahabatan dengan kelab bola di sana dan akan bersama skuad Olimpik di sana selama dua minggu untuk menjalani latihan.

Warga portal hiburan murai mengucapkan takziah buat Apex sekeluarga dan mengharapkan agar Apex tabah menghadapi dugaan ini. Sama-samalah sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah adik hero Malaya ini. (Sumber: Portal Murai)


mohdrohaizad.com - Kami sekali lagi mengucap takziah kepada keluarga Khairul Fahmi (Apex) diatas kehilangan adik kesayangan yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam otak. Al-fatihah dan semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Adik Khairul Fahmi (Apex) Meninggal Dunia (Takziah & Al-Fatihah) By Mohd Rohaizad. Published: 6.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...