CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Afif AF9 Cipta Lagu Untuk Diri Sendiri


Afif AF9 Cipta Lagu Untuk Diri Sendiri.

Penyanyi Afif yang dilahirkan dari program Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) kembali aktif menggubah lagu selepas mula berjinak-jinak dalam bidang itu kira-kira dua hingga tiga tahun lalu.

Katanya, setakat ini dia sudah mencipta empat hingga lima lagu untuk diri-sendiri.

Gambar Afif AF9 dan Salima Semasa Konsert Akhir Reunion
Gambar Afif AF9 dan Salima Semasa Konsert Akhir Reunion

“Jika diikutkan, saya sudah mula mencipta lagu sejak dua atau tiga tahun lepas tetapi selepas AF9, saya aktif semula…

“Selain itu, saya sedang mempromosikan lagu Beri Aku Waktu nyanyian secara duet dengan Aida AF9 yang baru diterbitkan dan ditawarkan untuk berlakon tetapi terpaksa menolak kerana belum bersedia,” katanya kepada mStar Online.

Afif AF9 turut memberi komen tentang kejutan ditemukan dengan Salima di atas pentas sewaktu Konsert Akhir Reunion AF di AEON AU2, Setiawangsa pada Sabtu lalu.

“Saya bersikap profesional dengan Salima dan bertegur sapa seperti biasa apabila bertemu.

“Sebelum konsert ini, kami pernah bertemu di sebuah acara,” ujar Afif AF9.

Kisah Percintaan Afif AF9 dan Aida AF9 Terkubur

Pasangan ini pernah bercinta namun kini tidak lagi apabila kedua-duanya membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Konsert Akhir Reunion AF akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) pada Sabtu, 31 Disember ini, pukul 10 malam. (Sumber: MStar)


Tengok Video Temubual Afif AF9 Oleh KFM #Brunei.


mohdrohaizad.com - Afif AF9 bakal menjadi pelapis pencipta lagu, buat sementara waktu mencipta lagu untuk diri sendiri untuk test market sama ada berjaya atau tidak. Apa-apapun, good luck kami ucapkan kepada Afif AF9.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Afif AF9 Cipta Lagu Untuk Diri Sendiri By Mohd Rohaizad. Published: 8.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...