CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Ainul Aishah Usaha Tutti Frutti Perniagaan Keluarga


Terkini Ainul Aishah Usaha Tutti Frutti Perniagaan Keluarga.

Sudah lama tidak melihat kelibatnya di kaca TV mahupun filem, pelakon muda (Gambar) Ainul Aishah Azizun, 26 tahun, tiba-tibu muncul di majlis 20 Most Glam anjuran majalah fesyen dan gaya hidup Glam dan Glam Lelaki baru-baru ini.

Susuk tubuhnya masih sama, langsing dan bergaya. Malah senyumannya juga tetap manis seperti dulu, di tambah pula dengan kerlingan matanya yang bulat membuatkan sesiapa saja terpikat.

Gambar Ainul Aishah Promosi Perniagaannya Tutti Frutti
Gambar Ainul Aishah Promosi Perniagaannya Tutti Frutti

Meskipun Ainul Aishah bukanlah antara 20 wanita bertuah yang terpilih sebagai 20 Most Glam tahun ini, namun kemunculannya dengan penampilan gaya koktel ringkas dari persalinan Top Shop dengan rambut didandan rapi sudah cukup menaikan seri gadis muda ini.

Kala disapa kami, Ainul Aishah terus mengerling dan melemparkan senyuman tersendiri yang sudah menjadi identiti pelakon filem Histeria itu.

"Ya, inilah saya, Ainul Aishah," katanya ringkas yang datang berdua dengan teman rapatnya ke majlis penuh glamor berkonsepkan ala padang pasir berkenaan.

Seakan sedar bahawa dirinya akan ditemuramah , Ainul Aishah berdiri dengan selesa dan matanya yang bulat itu memandang tepat ke arah penulis bersiap sedia untuk diajukan dengan apa juga soalan.

Bila ditanya, apakah perkembangan terbarunya kerana sudah lama tidak nampak dalam mana-mana drama mahupun filem, pemilik Sarjana Muda Multimedia Kreatif Universiti Multimedia itu terus menjawab dengan spontan.

Gambar Ainul Aishah Seksi Hot Pelakon Malaysia

"Oh! Sekarang saya berniaga Tutti Frutti di Nilai dan Bangi," katanya yang secara tidak langsung memberi kejutan bahawa dia seakan tidak lagi mahu kembali aktif dalam bidang seni.

" Ya, itulah yang saya buat sekarang ini. Menguruskan perniagaan keluarga. Nampaknya usaha saya itu mendapat sambutan menggalakan daripada orang ramai yang tinggal di kedua-dua lokasi berkenaan," tambahnya.

Ainul Aishah berkata, perniagaan francais menjual yogurt beku berkenaan telah menarik perhatiannya sejak pembukaan cawangan pertamanya di Bangi pada 21 Jun lalu, diikuti satu lagi cawangan di Nilai pada 17 Oktober lalu.

Tambah pelantun suara Don't Worry Honey itu, memandangkan sambutan yang memberangsangkan, dia merancang untuk membuka beberapa lagi cawangan Tutti Frutti di beberapa lokasi.

Ainul Aishah Mahu Buka Cawangan Tutti Frutti

"Alhamdulillah, nampaknya perniagaan saya telah mendapat maklum balas yang baik. InsyaAllah dalam tahun depan saya akan memperkembangkan perniagaan ini selain akan terbabit dengan beberapa perniagaan berkaitan makanan dan minuman.

"Malah saya juga sudah merancang untuk membuka perniagaan online saya sendiri yang ada kaitan dengan dunia fesyen," katanya yang tampak lebih ceria dengan peranan barunya itu.

Walaupun begitu, jelas Ainul Aishah dia masih aktif dengan dunia lakonan, di mana akan terbabit dengan filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki dan terbitan Tarentella Pictures yang akan ditayangkan tahun depan.

"Janganlah salah faham. Saya masih sayangkan dunia lakonan. Setakat ini saya ada menerima beberapa tawaran untuk berlakon telemovie, bagaimanpun saya tak sabar menanti tayangan Untuk Tiga Hari," katanya yang turut mengundang portal murai.com.my ke premis Tutti Frutti miliknya. (Sumber: Portal Murai)


Tengok Video Ainul Aishah Nyanyi Lagu "Don't Worry Honey".




mohdrohaizad.com - Ainul Aishah mengambil tindakan untuk meninggalkan dunia seni dan menumpukan perniagaan keluarganya iaitu "Tutti Frutti". Semoga Ainul Aishah ya perniagaan tu..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Ainul Aishah Usaha Tutti Frutti Perniagaan Keluarga By Mohd Rohaizad. Published: 9.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...