CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Akim AF7 Luah Kekecewaan Cinta Di Twitter


Kenapa Akim AF7 Luah Kekecewaan Cinta Di Twitter?

Penyanyi (Gambar) Afiq Hakim Ahmad atau Akim (AF7) menjelaskan luahan hati mengenai kekecewaan hati dalam laman Twitter miliknya adalah sebahagian daripada lirik lagu terbaru dan ia tiada kaitan langsung dengan kisah cintanya.

Akim AF7 berkata, entri menerusi laman sosial yang dipaparkan itu juga mengisahkan tentang aktiviti sehariannya.

Gambar Akim AF7 Terkini Tembam Sebab Kecewa Dengan Percintaan
Gambar Akim AF7 Terkini Tembam Sebab Kecewa Dengan Percintaan

"Memandangkan ramai peminat menjadi pengikut dalam akaun Twitter saya, entri yang dimasukkan juga mengenai pengalaman pahit manis kehidupan umum termasuklah diri saya.

"Jangan salah faham pula, mana-mana yang ada bunyi kekecewaan diri juga bukan kerana saya putus cinta atau mempunyai masalah lain, sebaliknya saya ingin berkongsi lirik beberapa lagu yang akan dimuatkan dalam album terbaru nanti," kata Akim AF7.

Dalam laman Twitter milik Akim AF7, penyanyi itu meluahkan isi hati kononnya sedang kecewa, hatinya luka dan meminta Allah membuka hati seseorang agar menerima cintanya.

Akim AF7 Kecewa Stacy Tolak Cinta?

Tambah Akim AF7, luahan perasaannya itu juga tiada kaitan mengenai hubungannya dengan Stacy walaupun sebelum ini mereka dikatakan sedang hangat bercinta.

Beritahu penyanyi yang popular dengan lagu Janji itu, album pertamanya yang memuatkan sebanyak lima buah lagu baru dan empat lagu single itu akan dilancarkan pada bulan Februari tahun depan.

Masih lagi belum mempunyai judul album, Akim AF7 gembira kerana diberi kelonggaran oleh pihak pengurusannya, Astro Entertainment Sdn. Bhd (AESB) untuk dia melibatkan diri sepenuhnya dalam pembikinan album tersebut dan tidak hanya mengharapkan pihak penerbit semata-mata.

Gambar Akim AF7 Luah Kekecewaan Cinta Di Twitter
Gambar Akim AF7 Luah Kekecewaan Cinta Di Twitter

"Saya turut melakukan kolaborasi dengan Fiq (Mentor) menerusi lagu Mesti Ada Cinta, ciptaan Kunci Demak.

"Dalam pada itu, saya turut mencipta sekuel lagu Janji iaitu Menunggu. Kalau sesiapa yang perasan, lirik-lirik daripada lagu itu ada dalam entri Twitter saya.

"Alhamdulillah, Memandangkan ini adalah album pertama saya gembira pandangan dan idea saya diterima," ujarnya.

Akim AF7 Berlakon Filem "Horay Horay"

Sementara itu, Akim AF7 turut memberitahu dia gembira apabila filem pertama lakonannya, Horay Horay bakal ditayangkan pada Mac tahun hadapan.

Filem arahan Saw Teong Hin itu turut menampilkan Killa Fairy, Farah, Adibah Nor dan Harun Salim Bachik. (Sumber: MStar)


Tengok Video Youtube Akim AF7 "Inilah Cinta".


mohdrohaizad.com - Akim AF7 mungkin mahu berselindung tentang kisah percintaannya yang kurang berjaya. Sebab itu Akim AF7 membuat lirik lagu dan meluahkan perasaan kecewa dengan cintanya di twitter. Begitulah tanggapan ramai orang tentang Akim AF7. Betul ke Akim AF7 kecewa dengan cintanya? Siapa tahu..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Akim AF7 Luah Kekecewaan Cinta Di Twitter By Mohd Rohaizad. Published: 13.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...