CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Amanda Imani Mahu Syarif Sleeq Jujur Ikhlas Terhadapnya


Amanda Imani Mahu Syarif Sleeq Jujur Ikhlas Terhadapnya?

Kerana kurang berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan anggota kumpulan Sleeq, (Gambar) Syarifullah Ahmad atau Syarif, 22 tahun, yang dikeluarkan portal murai pada 23 Disember lalu, penyanyi Amanda Imani tampil memberikan kenyataan balas.

Amanda Imani yang menghubungi kami berkata, ada beberapa perkara yang dinyatakan oleh penyanyi kelahiran Singapura itu kurang tepat, malah seolah-olah menampakkan dirinya bersalah dengan dilema yang berlaku antara mereka berdua.

Amanda Imani dan Syarif Sleeq Bermesra Manja Dalam Laman Sosial
Amanda Imani dan Syarif Sleeq Bermesra Manja Dalam Laman Sosial

"Saya rasa ada beberapa kenyataan yang dikeluarkan Syarif Sleeq itu tak betul. Pertama berkenaan tempoh perkenalan kami. Dia kata hanya dua hingga tiga bulan saja, tapi berani saya katakan di sini kami mula mengenali satu sama lama lain hampir enam bulan. Iaitu sejak bulan Julai lalu.

"Seperkara lagi berkenaan kenyataannya yang mengatakan kami hanya kawan saja. Itu semua tidak benar kerana saya ada beberapa bukti yang boleh membuktikan bahawa hubungan kami lebih daripada seorang kawan.

"Saya juga tidak faham mengapa dia memberikan kenyataan selamat, seolah-olah mahu menyelamatkan dirinya saja. Padahal kalau nak diikutkan disini, saya adalah mangsa keadaan dan caranya itu membuatkan saya yang bersalah," kata Amanda Imani panjang lebar.

Amanda Imani Bengang Tidak Puas Hati

Isu perhubungan antara kedua-dua selebriti ini terjadi, apabila Amanda Imani didatangi oleh seorang wanita yang mendakwa teman wanita Syarif Sleeq menerusi laman sosial Facebook dan memaksa penyanyi itu menjelaskan hubungan mereka.

Menurut Amanda Imani, kesan daripada peristiwa berkenaan menyebabkan dia diajukan dengan pelbagai tomahan dan kata-kata kurang manis daripada peminatnya dan terutama sekali peminat Syarif di laman sosial miliknya.

"Saya tak mahu perkara ini berpanjangan. Apa yang saya mahukan supaya Syarif dapat meminta maaf secara terbuka. Menerangkan hal sebenarnya secara jujur kerana saya tak mahu perkara ini merosakan kerjaya saya dan peminat memberi tanggapan salah.

"Saya percaya, dengan cara itu akan dapat meredakan segala kekeliruan antara peminat saya dan peminat dia juga. Kerana saya mahu peminat mengenali saya dengan muzik yang saya perjuangkan, bukannya dengan perkara seperti ini," kata Amanda Imani.

Syarif Sleeq Berdiam Diri

Sementara itu ibu Amanda Imani turut menyuarakan rasa kesalnya dengan kejadian berkenaan. Malah tidak menyangka keakraban mereka berdua sejak bertemu pertama kali pada Anugerah Planet Muzik pada Julai lalu berakhir dengan cara seperti itu.

"Memang pada awalnya, saya tak mahu masuk campur dengan masalah peribadi mereka. Kerana semua itu adalah masalah budak-budak dan siapalah saya untuk masuk campur urusan orang muda.

"Tapi apabila saya melihat perkara ini menjadi semakin serius dan berpeluang melihat sendiri ramai peminat yang mengutuk Amanda kerana mendapat persepsi yang berbeza, sebagai ibu saya berhak campur tangan," katanya.

Beliau yang sering mengiringi Amanda Imani ke mana saja, faham dengan kerunsingan anaknya itu. malah terkejut dengan tindakan Syarif Sleeq yang tidak mahu lagi berhubung dengan Amanda dengan memilih pendekatan berdiam diri semata-mata.

"Dia datang dalam keluarga saya dengan cara baik dan kami menerimanya dengan rasa gembira. Kalau dulu dia boleh menghubungi saya, tapi kenapa bila kejadian ini berlaku Syarif tidak mahu menghubungi telefon saya atau paling tidakpun email kepada saya menerangkan apa yang berlaku," katanya penuh kesal. (Sumber: Portal Murai)


Video Terbaru Amanda Imani Seksi Hot Semasa di China.




mohdrohaizad.com - Terkini Amanda Imani mahu Syarif Kumpulan Sleeq bersikap jujur ikhlas terhadapnya jika benar-benar mencintainya. Apa kami perhatikan, tindakan Syarif Sleeq seolah-olah hanya seperti mempermainkan Amanda Imani. Dengan kata lain, benarlah Syarif Sleeq seorang yang PLAYBOY.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Amanda Imani Mahu Syarif Sleeq Jujur Ikhlas Terhadapnya By Mohd Rohaizad. Published: 26.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...