CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Amanda Imani Playgirl Perampas Kekasih Tunang Orang


Betul Ke Amanda Imani Playgirl Perampas Kekasih Tunang Orang?

Meskipun cerita mengenai pakaian seksi penyanyi Amanda Imani dalam sebuah majlis anugerah sudah surut diperdebatkan, nama figura ini kembali diberi perhatian dalam akhbar hujung mingggu lalu.

Kali ini, laporan yang diterima lebih panas dan ia terbahagi kepada dua topik iaitu cerita peribadinya dan juga perancangan karjayanya. Masyarakat mungkin lebih tertumpu pada kisah privasi Amanda Imani yang ditempatkan di ruangan berita setempat akhbar Metro Ahad.

Menerusi laporan tersebut, Amanda Imani yang popular dengan lagu Selamilah Cinta amat kesal dituduh perampas oleh bakal tunangan artis dari Singapura.

Gambar Amanda Imani Playgirl Rampas Kekasih Orang
Gambar Amanda Imani Playgirl Rampas Kekasih Orang

Dalam laporan berkenaan, Amanda yang mengenali penyanyi itu dalam sebuah majlis besar mengakui amat rapat dengan penyanyi berkenaan.

Malah, Amanda Imani tidak berselindung dengan mengatakan sedang mengenali hati budi penyanyi berkenaan.

Amanda Imani Sedang Mengenali Hati Budi Artis Singapura

Pun begitu, Amanda sama sekali tidak menyangka, penyanyi itu bakal mengikat tali pertunangan dalam masa terdekat kerana sebelum ini penyanyi itu tidak pula memberitahunya tentang perhubungan dengan wanita lain.

Lebih panas lagi, Amanda hanya mengetahui berita mengejutkan ini dari mesej yang diterimanya menerusi laman sosial Twitter.

Melalui laman itu juga, Amanda dicemuh dan dikutuk habis-habisan sehingga membuatkan dirinya tertekan.
Artikel pengakuan Amanda itu turut memuatkan maklum balas Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latif Rosli yang ternyata mengambil berat dengan kejadian yang dialami Amanda.

Dalam laporan berkenaan, Jurey menyarankan agar Amanda bertindak bijak dalam menangani masalah ini.

Amanda Imani Dilabelkan "Playboy"

Malah, Jurey berharap peminat Amanda mahu pun penyanyi yang dilabelkan playboy itu menyelidiki dulu cerita sebenar sebelum menjatuhkan hukuman.

Portal murai.com.my cuba mendapatkan maklum balas dari Amanda sendiri mengenai siapa gerangan penyanyi yang dimaksudkan Amanda. Pun begitu, Amanda tidak berjaya dihubungi memandangkan dia dilaporkan pergi ke China atas jemputan khas Persekutuan Pemuzik Antarabangsa (FIM).

Apapun, tanda tanya terus terbit mengenai penyanyi yang berjaya mencuri hati Amanda walaupun cinta itu boleh disifatkan sebagai cinta yang dipermainkan. Adakah penyanyi itu Aliff Aziz, Hadi Mirza, Imran Ajmain, Taufiq Batishah atau Dali? Kena tunggu jawapan daripada Amanda sendiri. (Sumber: Portal Murai)


Tengok Video Amanda Imani Seksi Hot Di Red Carpet Majlis ABPBH.


mohdrohaizad.com - Gosip kontroversi Amanda Imani kembali panas apabila Amanda Imani dikatakan playgirl perampas kekasih tunang orang. Cerita merampas artis dari Singapura. Siapakah lelaki yang dimaksudkan Amanda Imani tersebut?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Amanda Imani Playgirl Perampas Kekasih Tunang Orang By Mohd Rohaizad. Published: 13.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...