CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Ana Dahlia & Chef Riz Majlis Pernikahan Perkahwinan


Ana Dahlia & Chef Riz Majlis Pernikahan Perkahwinan & Resepsi.

Dengan sekali lafaz, pelakon Ana Dahlia, 28 sah bergelar isteri kepada chef selebriti, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Riz, 29 , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak.

Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 58, telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman, 59, kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.

Gambar Majlis Pernikahan Chef Riz dan Ana Dahlia
Gambar Majlis Pernikahan Chef Riz dan Ana Dahlia

Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Ana Dahlia menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala, pihak Chef Riz menerima 15 dulang.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Fendi dari butik Syarakim.

Majlis persandingan pasangan ini akan berlangsung pada sebelah malam di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.

Majlis Perkahwinan Chef Mohd Nadzri & Diyana Mastura

Juri MasterChef Malaysia, (Gambar) Chef Mohd Nadzri Redzuawan, 28 tahun atau Chef Riz telah selamat disatukan dengan pelakon drama, (Gambar) Diyana Mastura Jaafar atau Ana Dahlia, 29 tahun di kediaman keluarga pengantin perempuan di Batu 8, Changkat Jering di sini sekitar jam 12.30 tengah hari tadi.

Dengan hanya sekali lafaz, majlis akad nikah telah disempurnakan oleh Kadi Batu Lapan Bendang Siang, Taiping, Ustaz Haji Nawi Osman, dengan mas kahwin RM1,001 dan hantaran berjumlah RM20,000.

Gambar Majlis Akad Nikah Ana Dahlia dan Chef Riz
Gambar Majlis Akad Nikah Ana Dahlia dan Chef Riz

Ana Dahlia telah menerima sembilan dulang hantaran berupa sirih junjung, kain French lace, kek, clutch berjenama Farah Khan, jam tangan Guess, cokelat Patchi, buah-buahan, set haruman Davidoff, kaca mata jenama Gucci.

Manakala Chef Riz menerima 15 dulang hantaran yang terdiri daripada jam tangan Guess, i-Pad, BlackBerry, kasut, haruman Davidoff, tali pinggang Gucci, dua pasang persalinan lelaki, clutch Charles& Keith, set penjagaan wajah Biotherm Homme, dua pasang kasut Valentino Rudy.

Majlis akad nikah turut diserikan dengan kehadiran bapa Chef Riz iaitu Datuk Chef Wan, ibunya dan juga kakaknya, Serina bersama suami serta ahli keluarga sebelah lelaki yang telah datang secara rombongan dari Kuala Lumpur sejak awal pagi.

Gambar Salah satu Hantaran Ana Dahlia dan Chef Riz
Gambar Salah satu Hantaran Ana Dahlia dan Chef Riz

Dalam ucapan ringkas sempena perkahwinannya itu Chef Riz berkata, dia sangat gembira dengan perkahwinan itu dan berterima kasih kepada kakaknya, Serina yang telah memperkenalkan dirinya dengan isterinya itu.

Dia juga tidak kisah jika isterinya itu memilih untuk terus terbabit dalam bidang lakonan dan berdoa agar dikurniakan cahaya mata dalam masa dengan segera.

Gambar Majlis Resepsi Ana Dahlia dan Chef Riz Bersama Chef Wan
Gambar Majlis Resepsi Ana Dahlia dan Chef Riz Bersama Chef Wan

Sementara itu, Datuk Chef Wan ketika ditemui melahirkan rasa syukur dengan pernikahan anaknya itu dengan pelakon berkenaan, walaupun tidak menyangka hubungan yang terlalu singkat antara mereka berdua telah berakhir ke jinjang pelamin.

Dia bagaimanapun telah menghadiahkan Chef Riz dengan percutian ke Melbourne Australia sebagai hadiah bulan madu buat mereka berdua.

Kedua mempelai seterusnya diraikan pada majlis bersanding yang diadakan di sebelah malam, diikuti satu lagi resepsi pada sebelah mempelai lelaki pada Ahad depan. (Sumber: MStar, Portal Murai)

Tengok Video Majlis Perkahwinan Ana Dahlia dan Chef Riz.




mohdrohaizad.com - Buat Chef Riz dan Ana Dahlia yang selamat menjadi suami isteri, tahniah diucapkan dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat daripada kami para peminat. Video klip majlis pernikahan Ana Dahlia dan Chef Riz akan di-update dalam masa terdekat.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Ana Dahlia & Chef Riz Majlis Pernikahan Perkahwinan By Mohd Rohaizad. Published: 12.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...