CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Artis Jamal Abdillah Tenang Keluar "Pusat Serenti"


Artis Jamal Abdillah Tenang Keluar "Pusat Serenti" Akibat Ketagihan Dadah.

Penyanyi popular Jamal Ubaidillah Ali atau lebih dikenali sebagai Jamal Abdillah mengaku lebih tenang menjalani kehidupan seorang diri selepas meninggalkan rumah perlindungan Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), awal November lalu.

Katanya, dia kini menjalani kehidupannya seperti biasa dan sibuk dengan beberapa perniagaan yang dijalankan.

Jamal Abdillah Mengalami Ketagihan Dadah Yang Teruk
Jamal Abdillah Mengalami Ketagihan Dadah Yang Teruk

"Saya berasa lebih tenang menjalani kehidupan seharian saya berbanding ketika berada “di dalam” (rumah Pengasih). Lagi pula saya tidak mahu menumpang terlalu lama di rumah orang,

"Insya-Allah selepas rumah saya siap awal tahun depan saya akan memulakan hidup baru di sana," katanya ketika ditemui di majlis minum petang bersama Jamal Abdillah, di sini, Khamis.

Jamal Abdillah Tepis Mengalami Masalah Dengan Pengerusi Rumah Pengasih

Jamal diminta mengulas tentang tindakannya keluar dari rumah Pengasih yang telah diduduki lebih lima tahun.
Bagaimanapun, dia enggan menjawab tentang tuduhan pengerusi Pengasih yang kecewa terhadap sikapnya sepanjang berada di rumah perlindungan tersebut.

"Saya mempunyai bukti yang kukuh terhadap sumbangan saya kepada Pengasih jika dia mendakwa saya tidak mempunyai apa-apa sumbangan.

"Namun ini bukan masa yang sesuai, mungkin nanti saya akan adakan satu sidang media untuk menjelaskan perkara sebenar," katanya.

Tambahnya, tuduhan yang dilemparkan pihak pengasih sedikit sebanyak memberi tekanan dan menjejaskan reputasinya sebagai seorang artis.

"Perkara ini memberi tekanan pada saya dan mengganggu kehidupan saya terutamanya berhadapan dengan tanggapan masyarakat luar dan peminat," ujarnya. (Sumber: MStar)


Video Jamal Abdillah "Keluhan Perantau" Versi Karaoke.




mohdrohaizad.com - Jamal Abdillah tenang keluar dari "Pusat Serenti" Rumah Pengasih bagi yang mengalami ketagihan dadah yang teruk. Bukan senang untuk membuat tabiat tersebut apabila sudah terkena. Diharap rakyat Malaysia yang jangan nak mencuba-cuba najis dadah kelak akan merana seumur hidup. Sehingga kini Jamal Abdillah masih bergelut dengan ketagihannya terhadap dadah, semoga beliau berjaya mengatasi masalah tersebut.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Artis Jamal Abdillah Tenang Keluar "Pusat Serenti" By Mohd Rohaizad. Published: 23.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...