CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Artis Pija Mentor Sudah Bertunang Secara Senyap


Betul Ke Artis Pija Mentor Sudah Bertunang Secara Senyap?

Bila kali terakhir anda dengar mengenai penyanyi bernama Pija yang lahir daripada program Mentor terbitan TV3 ini?

Sudah lama bukan? Entah apa yang berlaku sehingga menyebabkan protege kepada Zainal Abidin ini kurang mendapat perhatian meskipun gelaran juara Mentor telah diraihnya pada tahun 2007.

Dalam lama tidak mendengar khabar berita atau perkembangan terbaru Pija tiba-tiba ada khabar angin nakal mendakwa adik kepada penyanyi Naufara ini sudah menjadi tunangan orang.

Gambar Kontroversi Pija dan Naufara Seksi Hot Pakai Bikini
Gambar Kontroversi Pija dan Naufara Seksi Hot Pakai Bikini

Betulkah ni? Dengar cerita lagi, jejaka yang menjadi pujaan hatinya itu boleh tahan, muda dan segak orangnya.

Tapi yang tak sedapnya, kalau betul pun Pija sudah mengikat tali pertunangan, kenapa perlu perkara baik sebegitu disorok-sorok?

Itu cerita yang Pancaindera dengar mengenai penyanyi berusia 22 tahun ini yang dikatakan telah mengadakan majlis pertunangannya secara senyap-senyap di kampung halamannya di Sabah.

Khabar angin juga semacam kukuh apabila ada yang kata ternampak kelibat Pija dan bakal tunangnya sedang sibuk membeli barangan pertunangan di Sabah.

Gambar Pija Mentor Sudah Bertunang Dengan Kekasih Hatinya
Gambar Pija Mentor Sudah Bertunang Dengan Kekasih Hatinya

Malah, Pija juga didakwa telah hilang selama dua bulan.

Semuanya timbul semasa Pija dikatakan pulang ke Sabah selama dua bulan dan dalam tempoh itulah dia kononnya didakwa telah melangsungkan majlis secara sembunyi.

“Bila masa pula saya bertunang? Tak betul tu. Semua ini berita palsu saja.

“Kalau betul saya bertunang, buat apa saya nak sorok? Mestilah saya akan cakap pada semua.

“Tak akan sebab saya balik kampung saja maka orang kata ‘ha..dia dah buat majlis tunanglah tu.” Tak pun majlis ‘kahwin’.Ish..tak bolehlah macam tu.

Pija Mentor Belum Kahwin

“Saya tak nafikan yang saya ada mengambil cuti yang agak lama dan pulang ke Sabah baru-baru ini. Tapi saya ke sana atas urusan keluarga. Bukannya balik bertunang atau berkahwin,” katanya tegas.

Hairan bagaimana isu ini timbul, kata Pija dia bagaimanapun positif menerima gosip ini yang baginya cuma satu salah faham.

“Orang boleh cakap macam-macam. Agaknya bila mereka nampak saya keluar membeli-belah dengan mak atau kakak pun, mereka akan kata saya pergi beli barang kahwin.

“Tapi tak mengapa, benda dah timbul saya pun tak boleh nak halang apa orang akan cakap betul tak?” katanya.

Kontroversi Pija Mentor Bertunang

Dia yang pada awalnya malu-malu saat ditanya mengenai kisah cinta, selagi boleh tidak mahu bercerita mengenai hal yang satu ini kerana baginya ia sangat peribadi.

Namun, bila sudah rancak berborak, terlepas juga dari mulutnya bahawa dirinya sudah punya teman istimewa.
Menganggap hubungannya masih baru kerana baru setahun berkenalan, dedah Pija, lelaki istimewa itu sebaya dengannya.

Gambar Pija dan Kakaknya Naufara Menyepi
Gambar Pija dan Kakaknya Naufara Menyepi

“Saya tak mahu cerita lebih-lebih. Cukuplah orang tahu dia orang Sabah dan mempunyai perniagaan sendiri.
“Bukan apa, rasanya tak manis kalau saya cerita lebih-lebih takut nanti benda tak jadi,” ujarnya.

Bukanlah hendak mendabik dada untuk mengatakan dirinya cantik dan laris, tetapi kata Pija selain dia, ada lagi jejaka-jejaka lain yang datang bertanya pada keluarganya kalau-kalau Pija sudah ada yang punya.

“Mula-mula ingatkan kita ni tak ada yang hendak, mungkin juga sebab dulu saya budak-budak lagi.

“Makin meningkat matang ni, ada pula yang dah datang bertanya. Tapi tak adalah sampai saya bertunang atau apa.

“Perkara itu masih jauh lagi. Tapi kalau jodoh saya sampai di usia muda maka siapalah saya untuk menolak,” katanya. (Sumber: Utusan Malaysia)


Tengok Video Pija Juara Mentor "Pawana" Secara Live.




mohdrohaizad.com - Betul ke Pija bekas juara Mentor sudah bertunang? Kenyataan rasmi sudah keluar yang Pija Mentor belum lagi bertunang secara sah tetapi dalam proses ke arah itu.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Artis Pija Mentor Sudah Bertunang Secara Senyap By Mohd Rohaizad. Published: 12.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...