CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Asmawi Ani Akui Tidak Popular Seperti Dahulu


Asmawi Ani Akui Tidak Popular Seperti Dahulu.

Sebelum ini, isu populariti juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi AF3 sudah tidak popular dan hilang peminat pernah diperkatakan.

Namun, segalanya ditinggalkan begitu saja setalah mendengar Mawi melafazkan hasrat untuk terbabit di belakang tabir.

Bagaimanapun, status populariti pelantun Aduh Saliha kembali diperdebatkan dan menjadi bahan bacaan utama masyarakat pada hujung minggu lalu.

Menerusi akhbar sisipan Berita Minggu, Bintang Popular dalam kolum Tanya Sikit, Mawi sekali lagi menjelaskan lebih terperinci akan hal tidak popular yang sering dilontar terhadap dirinya itu.

Gambar Asmawi Ani Akui Tidak Popular Seperti Dahulu
Gambar Asmawi Ani Akui Tidak Popular Seperti Dahulu

Dalam laporan berkenaan, Mawi mengakui populariti seseorang artis tertakluk kepada sokongan peminat. Malah, anak kelahiran Felda Taib Andak turut memberitahu peranan media cetak dan elektronik mempunyai pengaruh besar dalam hal sebegini.

Apa sekalipun, Mawi menganggap situasi yang berlaku ini sebagai asam garam yang perlu ditempuhi artis.

Mawi AF3 juga turut menasihati sesiapa saja yang bergelar artis untuk bersiap sedia menjalani tempoh masa seperti ini.

Mawi AF3 Alami Masa Kejatuhan

Dalam pada itu, Mawi turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang melabelkan dia sebagai seorang yang kurang mendapat undangan persembahan.

Sebaliknya, Mawi menegaskan dia masih menerima banyak jemputan untuk menyanyi tetapi tidak mendapat hebahan seperti dulu yang dikecapinya dalam meniti populariti sebagai juara AF3.

Sementara itu, melalui laporan Metro Ahad, Mawi ternyata sedang gembira menanti kelahiran anak sulungnya tidak lama lagi.

Menerusi laporan berkenaan, Mawi AF3 memberitahu Ekin sedang hamil tujuh bulan dan tidak mengalami sebarang alahan yang teruk.

Ekin Lahirkan Anak Di Johor Bahru

Mawi turut memberitahu, Ekin dihantar pulang ke Johor Bahru selama tiga bulan demi menjaga kandungannya itu memandangkan Ekin pernah dua kali keguguran.

Dalam kegembiraan menanti kelahiran anak sulungnya itu, Mawi yang berahsia jantina anak kerana mahukan kejutan turut menjawab pertanyaan rezekinya yang dilihat semakin surut.

Pengakuan tersebut tertulis bahawa Mawi AF3 tidak menafikan undangan sudah semakin kurang. Pun begitu, apa yang diperolehnya setakat ini cukup buat dirinya menampung kelangsungan hidup. (Sumber: Portal Murai)
Tengok Video Terkini Mawi AF3 Dalam Konsert Akhir Reunion "Kekasih Awal dan Akhir".


mohdrohaizad.com - Dulu heboh Asmawi Ani atau Mawi AF3 ini berlagak sombong sehingga ramai peminat yang terasa hati. Adakah Mawi AF3 sudah menyesal? Nampaknya mungkin ada sedikit terlambat namun belum terlewat, pergilah ambil hati para peminat yang sudah lari tu Mawi AF3.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Asmawi Ani Akui Tidak Popular Seperti Dahulu By Mohd Rohaizad. Published: 13.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...