CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Blush feat Snoop Dogg "Undivided" Hasil "Project Lotus"


Blush feat Snoop Dogg "Undivided" Hasil "Project Lotus".

Lima gadis jelita yang menggelar diri mereka sebagai Blush mungkin tiada bezanya berbanding kumpulan-kumpulan pop lain.

Namun, apa yang istimewa tentang mereka adalah mereka merupakan kumpulan pop pertama di dunia yang dianggotai gadis-gadis kacukan atau pan Asia dari beberapa buah negara.

Kumpulan Blush Gabungan Gadis Jelita Pan Asia
Kumpulan Blush Gabungan Gadis Jelita Pan Asia

Kumpulan Blush dianggotai Alisha Budhrani dari India, Victoria Chan dari Hong Kong, Natsuko Danjo dari Jepun, Angeli Flores dari Filipina dan Ji-hae Lee dari Korea Selatan.

Kumpulan tersebut merupakan hasil daripada rancangan bakat, Project Lotus pada tahun 2010.

Blush turut menjalin kerjasama dengan penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat (AS), Snoop Dog dalam single pertama mereka yang berjudul Undivided.

Blush Lagu "Undivided" Bakal Juarai Carta Billboard

Lagu tersebut berjaya mendapat tempat ketiga dalam Carta Tarian Billboard AS pada awal tahun ini.

Sejak pelancaran single pertama mereka, Blush pernah membuat persembahan dalam konsert penyanyi pop sensasi remaja, Justin Bieber dan kumpulan Black Eyed Peas.

Walaupun kebanyakan lagu dinyanyikan dalam bahasa Inggeris, kumpulan tersebut tidak menolak cadangan untuk menyanyi dalam bahasa lain. (Sumber: Agensi)


Video Blush featuring Snoop Dogg "Undivided".


mohdrohaizad.com - Cantik-cantik ahli kumpulan Blush hasil keluaran Project Lotus. Adakah kumpulan Blush mampu menjadi fenomena kepada remaja? Sama-sama kita nantikan kemunculan mereka..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Blush feat Snoop Dogg "Undivided" Hasil "Project Lotus" By Mohd Rohaizad. Published: 24.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...