CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Elly Suriati Hamil Mengandung - Pengarah Filem "Penanggal"


Walaupun Elly Suriati Hamil Mengandung Tetapi Tetap Menjadi Pengarah Filem "Penanggal".

Pelakon berbakat, Azri Iskandar memberitahu risaukan keadaan isterinya, pelakon dan pengarah, Elly Suriati yang sedang mengandung empat bulan.

Azri Iskandar berkata, kerisauannya itu disebabkan Elly Suriati kini sedang sibuk dalam kerja-kerja pengarahan filem sulungya, Penanggal yang baru memulakan penggambaran pada 10 Disember lalu.

Gambar Azri Iskandar Suami Elly Suriati
Gambar Azri Iskandar Suami Elly Suriati

"Saya bimbang dia akan tertekan dan akan memberi kesan kepada kandungan dengan sikapnya yang tidak mahu mendengar kata ketika mengandung.

"Tetapi dia adalah seorang yang bersemangat dan teliti apabila melakukan sesuatu," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem tersebut di sini, Jumaat.

Azri Iskandar berkata, isterinya tidak mengetahui sudah berbadan dua sehinggalah dia dan beberapa krew produksi filem Penanggal membuat lawatan ke lokasi penggambaran.

Ujarnya, keadaan isterinya yang kurang sihat selepas membuat lawatan lokasi telah memaksanya untuk melakukan rawatan dan doktor memberitahu bahawa Elly Suriati sedang mengandung.

Gambar Elly Suriati Hamil Mengandung Anak Azri Iskandar

"Masa Elly dapat tawaran mengarahkan filem ini dia masih tidak tahu keadaan dirinya sedang mengandung dan hanya mengetahui selepas itu.

"Walaupun sedikit risau tetapi saya yakin dia dapat menjaga dirinya dengan baik tambahan pula saya turut berlakon di dalam filem sama. Jadi dapatlah memerhatikan dirinya," ujarnya.

Azri Iskandar Pegang Watak Utama Sebab Isterinya Pengarah?

Dalam pada itu, Azri Iskandar menolak dakwaan bahawa dia diambil berlakon sebagai watak utama dalam filem tersebut hanya kerana hubungan suami isteri antara mereka.

Ujarnya dia perlu menghadiri uji bakat yang diadakan oleh pihak produksi sebelum diterima berlakon.

"Benar filem berkenaan adalah idea, hasil tulisan dan arahannya tetapi saya sendiri tidak mendapat jalan mudah kerana perlu menghadiri uji bakat bersama-sama pelakon lain.

Sementara itu, Elly Suriati ketika ditemui berkata, dia tetap mahu meneruskan penggambaran filem tersebut walaupun sedang mengandung dan memberitahu tidak mempunyai sebarang alahan di peringkat awal kandungannya itu.

Elly Suriati berkata, kesibukan di lokasi kadang kala menyebabkan dirinya terlupa bahawa dia sedang berbadan dua kerana teruja dengan buah tangan pertamanya itu.

"Ada kalanya saya terlupa tetapi itu tidak bermakna saya tidak menjaga kesihatan diri dan tahu batas saya sebagai seorang ibu mengandung.

"Insya-Allah semuanya dalam keadaan terkawal dan doakan agar semuanya selamat buat saya," katanya.

Elly Suriati Jadi Pengarah Buat Kali Pertama

Filem usaha sama antara Astro Shaw dan Grand Brilliance itu adalah filem pertama menggunakan khidmat pengarah wanita dan menelan belanja sebanyak RM2.1 juta.

Selain Azri, Penanggal turut dilakonkan oleh Ummi Nazeera, Zulkifli Ariffin, Normah Damanhuri, Fauziah Nawi, Rozie Othman dan sebagainya.

Ia masih dalam proses penggambaran dan dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan. (Sumber: Mstar)


Video Filem "Penanggal" Arahan Pengarah Elly Suriati.


mohdrohaizad.com - Tahniah buat Elly Suriati dan Azri Iskandar yang bakal menerima cahayamata tidak lama lagi. Walaupun Elly Suriati hamil mengandung 4 bulan tetapi itu tidak menghalangnya untuk menjadi pengarah buat filem sulungnya iaitu "Penanggal".

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Elly Suriati Hamil Mengandung - Pengarah Filem "Penanggal" By Mohd Rohaizad. Published: 17.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...