CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ELLY SURIATI SANGGUP KEGUGURAN ANAK DEMI FILEM "PENANGGAL"


Betul Ke Elly Suriati Sanggup Keguguran Anak Demi Filem "Penanggal"?

Pengarah filem Penanggal, Elly Suriati enggan berehat walaupun diberikan cuti oleh pihak pengurusannya setelah dibenarkan keluar daripada Hospital Kuala Kangsar pada tengah hari Khamis lalu kerana mengalami keguguran.

Suaminya, pelakon Azri Iskandar berkata, isterinya mengambil keputusan untuk kembali ke lokasi penggambaran kerana tidak mahu berasa sedih dengan kehilangan bayi mereka dan ingin menumpukan kepada kerja.

Elly Suriati Keguguran Tidak Sedih Kehilangan Anak
Elly Suriati Keguguran Tidak Sedih Kehilangan Anak

"Elly masih sedih dan belum dapat menerima hakikat sepenuhnya atas kehilangan bayi kami dan disebabkan itu juga dia ingin kembali ke lokasi bagi melupakan kesedihan itu," ujar Azri Iskandar.

Elly Suriati Arah Filem "Penanggal" Selepas Sehari Keguguran Anak

Dalam pada itu, Azri berkata, sebagai suami dia berasa berat untuk melepaskan isterinya terus bekerja tetapi terpaksa membenarkan Elly Suriati meneruskan kerjanya kerana tidak mahu membiarkan isterinya itu berasa tertekan akibat peristiwa tersebut.

Bagaimanapun dia sentiasa mengawasi pergerakan isterinya itu supaya tidak menimbulkan sebarang implikasi akibat daripada keguguran yang dialami.

Terdahulu, pada Rabu lalu, hasrat Elly Suriati untuk memperoleh anak keempat tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran ketika sedang sibuk mengarahkan filem sulungnya itu di Kuala Kangsar, Perak.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari semasa Elly hendak membuang air kecil dan tiba-tiba berlaku pendarahan.

Elly Suriati Hamil 4 Bulan Sebelum Keguguran Sebab Terlalu Aktif

Elly Suriati sebelum ini dilaporkan sedang mengandung empat bulan dan hasil perkongsian hidup mereka pasangan itu dikurniakan tiga orang anak namun anak keduanya telah meninggal dunia.

Sementara itu, Azri berkata, produksi filem itu akan terus berada di Kuala Kangsar bagi menyelesaikan penggambaran di sana sehingga 25 Januari depan sebelum bergerak ke Terengganu.

Penanggal adalah filem pertama usaha sama antara Astro Shaw dan Grand Brilliance Sdn Bhd dan dibarisi oleh pelakon seperti Zul Ariffin, Umi Shazera, Fasha Sandha dan Datuk Sharifah Aini. (Sumber: MStar)

CHEF WAN KENA HENTAM TERUK DI LAMAN SOSIAL FACEBOOK?

Video Filem Penanggal Arahan Elly Suriati Semasa Pengambaran.




mohdrohaizad.com - Elly Suriati sanggup mengorbankan anak keempatnya demi filem "Penanggal". Begitu komited sekali Elly Suriati menjadi pengarah filem pertamanya. Adakah berbaloi Elly Suriati? Kami tahu Elly Suriati bekerja dengan sangat keras untuk menjayakan filem tetapi kesihatan turut kena jaga. Kami tumpang simpati kepada Elly Suriati dan sekeluarga. Takziah kami ucapkan diatas kehilangan anak keempat Elly Suriati.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ELLY SURIATI SANGGUP KEGUGURAN ANAK DEMI FILEM "PENANGGAL" By Mohd Rohaizad. Published: 31.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...