CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Farah Diana Anuar Rakam Album Dakwah Islam


Farah Diana Annuar Mahu Rakam Album Dakwah Islam.

Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim kedua, (Gambar) Farah Diana Anuar menberitahu ingin kembali merakamkan album baru tahun hadapan.

Farah Diana, 26 tahun, berkata, dia begitu rindukan untuk merakamkan lagu baru untuk peminat setelah banyak menfokuskan kepada bidang pengacaraan dan mendirikan rumah tangga pada Julai lalu.

"Semasa mendapat peluang merakamkan sebuah lagu untuk program Ustazah Pilihan bertajuk Warisan Hawa ciptaan Edry Abdul Halim baru-baru ini membuatkan saya begitu rindu untuk kembali merakamkan album baru," ujar Farah Diana tersenyum manja.

Gambar Farah Diana Anuar Cantik Bertudung
Gambar Farah Diana Anuar Cantik Bertudung

Farah Diana berkata, untuk album terbaru itu nanti dia ingin merakamkan lagu-lagu dakwah yang santai untuk menarik lebih banyak golongan belia mendengar lagu-lagu berunsur keagamaan.

Ujar Farah Diana lagi, dia juga ingin mendapatkan khidmat daripada komposer terkenal seperti Yasin dan Sham Kamikaze untuk bekerjasama dengannya nanti.

Farah Diana Guna Khidmat Yasin dan Sham Kamikaze

"Saya memang sudah lama berminat dengan hasil kerja Yasin dan Sham, jika dapat bekerja dengan mereka adalah satu peluang besar untuk saya," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kerjaya lakonan, Farah memberitahu dia tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon kerana merasakan tidak sesuai dengannya.

Kata Farah Diana, sikapnya yang tidak sabar menunggu menyebabkan dia lebih selesa menggalas tanggungjawab sebagai seorang penyanyi dan pengacara.

"Fokus saya kini adalah kepada pengacaraan dan nyanyian kerana ia lebih sesuai dengan saya," ujarnya.

Farah Diana baru muncul dengan program Rasa Halal Laos dan Thailand di Astro Oasis.

Sementara itu, bercakap mengenai kehidupannya sebagai isteri kepada Johan Johari, Farah memberitahu perkahwinan telah banyak mengajarnya erti tanggungjawab sebagai seorang wanita dan isteri.

Farah Diana Ingin Melahirkan Anak

Farah berkata, walaupun sering berulang alik dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan pentas dan mengacara program Nasi Lemak Kopi O, suaminya amat memahami dan sentiasa menyokong kerjaya seninya.

"Sekarang saya menetap di Pulau Pinang dan berulang alik ke Kuala Lumpur pada hujung minggu dan Alhamdulilah suami memahami dan menyokong kerjaya seni saya," katanya.

Ditanya mengenai anak, Farah Diana berkata dia berharap akan dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat kerana merasakan usia 26 tahun sesuai untuk melahirkan anak.

"Masih belum ada rezeki tetapi saya dan suami tidak menolak jika diberikan anak dalam masa terdekat," ujarnya. (Sumber: Mstar)


Tengok Video Farah Diana dalam Ustazah Pilihan Lagu Tema "Warisan Hawa".


mohdrohaizad.com - Farah Diana Anuar yang lahir dari program realiti Akademi Fantasia 2 sememangnya berbakat dalam bidang nyanyian. Selepas Farah Diana memakai tudung sepenuhnya, beliau ingin rakam album dakwah Islam buat para peminatnya. Semoga berjaya Farah Diana!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Farah Diana Anuar Rakam Album Dakwah Islam By Mohd Rohaizad. Published: 9.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...