CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Farhan Azizan (AF4) & Rashdan Majlis Pertunangan 2012


Farhan Azizan (AF4) & Rashdan Majlis Pertunangan 2012.

Sudah lama tidak bersua muka dengan penyanyi jazz Farhan Azizan, 27 tahun yang dicungkil dari Akademi Fantasia 4, kami telah berkesempatan bertemu dengannya ketika majlis persandingan juri MasterChef Malaysia, Chef Riz dan pasangannya Ana Dahlia.

Kerana begitu rapat dengan pengantin perempuan, Farhan telah menghadiahkan dengan beberapa buah lagu indah ketika majlis persandingan di sebelah pihak perempuan di Taiping, Perak pada 11 Disember lalu.

Bagaimanapun semalam, ketika majlis resepsi ala kampung yang diadakan di Felda Sungai Koyan iaitu rumah keluarga Chef Riz, susuk tubuh Farhan sekali lagi muncul.

Gambar Farhan Azizan AF4 Bersama Bakal Suami
Gambar Farhan Azizan AF4 Bersama Bakal Suami

Bukan untuk membuat persembahan, sebaliknya dia yang manis berbaju kurung kelabu telah berada di sisi Ana Dahlia bertindak sebagai pengapit pengantin perempuan sepanjang majlis persandingan berkenaan itu berlangsung.

Ketika disapa kami, Farhan berkata dia sangat gembira apabila dapat memenuhi permintaan teman baiknya itu iaitu sebagai pengapitnya ketika majlis resepsi berkenaan.

Farhan AF4 Jadi Pengapit Ana Dahlia

"Itulah, memang Ana sendiri yang mahukan saya menjadi pengapitnya untuk persandingannya di Sungai Koyan ini.

"Kata Ana, alang-alang saya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, jadi apa salahnya saya mengambil berkat daripada majlis perkahwinannya itu," katanya tersenyum menguntum sambil mata mengerling ke arah seorang jejaka yang tidak jauh daripadanya.

Apabila ditanya, benarkah dia akan mendirikan rumah tangga, Farhan berkata dia memilih untuk mengikatkan tali pertunangan terlebih dahulu pada Februari tahun depan dengan kekasihnya, Rashdan Suhaimi, 27.

"Ada baiknya kami bertunang terlebih dahulu. InsyaAllah setahun selepas itu barulah kami memutuskan untuk berkahwin," katanya yang akhirnya telah berkesempatan memperkenalkan Rashdan kepadakami.

Rashdan Bakal Suami Farhan AF4 Seorang Pemalu

Seorang jejaka yang agak pemalu dan ringkas, Rashdan merupakan graduan dari salah sebuah universiti di United Kingdom dan kini telah pulang ke tanah air sejak Julai lalu untuk meneruskan kehidupannya bersama keluarga dan buah hatinya itu.

Menurut Farhan, kekasihnya itu masih mencari kerjaya yang sesuai dengannya dan untuk majlis persandingan berkenaan jejaka berkenaan telah bertindak selaku jurugambarnya untuk tatapan mereka berdua. (Sumber: Portal Murai)


Video Farhan AF4 Kurang Menyerlah Lagu "Hati Kama".


mohdrohaizad.com - Farhan Azizan AF4 bakal mengadakan majlis pertunangan pada februari 2012. Kami ucapkan tahniah buat Farhan AF4.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Farhan Azizan (AF4) & Rashdan Majlis Pertunangan 2012 By Mohd Rohaizad. Published: 19.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...