CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem "Hantu Gangster", Namewee Ambil Noh Hujan Berlakon


Filem "Hantu Gangster", Namewee Ambil Noh Hujan Berlakon?

Buat pertama kali, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh bakal beraksi mempertaruhkan bakat lakonannya menerusi filem kedua pengarah sensasi, Namawee, berjudul Hantu Gangster.

Kata Namawee, dia begitu teruja dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan vokalis tersebut dan menganggap ia satu penghargaan besar buat dirinya kerana sudi menerima tawaran menjayakan filem yang diterbitkan oleh Fred Chong itu.

Gambar Barisan Pelakon Filem Hantu Gangster
Gambar Barisan Pelakon Filem Hantu Gangster

"Saya selalu kagum dengan kehebatan karya muzik Hujan. Saya percaya, kemunculan Noh pasti ditunggu-tunggu ramai kerana filem ini merupakan penglibatannya yang pertama ke layar perak.

"Menarik lagi, Hujan juga akan tampil dengan sebuah lagu tema Hantu Gangster," katanya.

Filem komedi seram ini mengisahkan tentang tiga kumpulan gengster dari latar belakang budaya yang berbeza, berganding bahu dalam mempertahankan keluarga mereka, melalui bantuan seorang pencuri.

Selain Noh, filem tersebut turut dibintangi oleh Diana Danielle, Farid Kamil, Dato David Arumugam, Datuk Jalaluddin Hassan, Reshmonu, Amber Chia, Taijuddin Bakar, Dennis Lau dan beberapa pelakon tambahan.

Filem Namewee Kisah 3 Kumpulan Gengster

"Kejayaan filem Nasi Lemak 2.0 membuatkan saya bersemangat untuk kekalkan konsep kepelbagaian kaum dari segi plot cerita dan dialog buat Hantu Gangster.

"Untuk menampakkan kelainan, saya menjemput beberapa bintang filem dan pemuzik terkenal dalam industri hiburan untuk menyertai filem terbaru ini yang sudah pun memulakan penggambarannya di Klang semalam (Isnin).

"Banyak juga masa yang dihabiskan bagi mengkaji latar belakang setiap pelakon terutamanya yang baru dengan mereka khas watak-watak unik untuk mereka dalam filem ini. David Arumugam juga menyumbangkan suara untuk lagu “soundtrack” filem ini," katanya.

Sebelum ini, Namawee berjaya memecahkan tradisi perfileman Cina apabila filem pertamanya, Nasi Lemak 2.0 mendapat kutipan lebih daripada RM7 juta namun dia gagal mendapat skim rebat cukai kerajaan kerana tidak melalui Skim Wajib Tayang.

Filem Nasi Lemak 2.0 Kutip RM7 Juta

Filem itu baru-baru ini ditayangkan di acara berprestij Film Festival Antarabangsa Golden Horse, Taipei dan ditayangkan di Singapura.

"Kami telah menerima jemputan dari beberapa festival filem termasuk Jepun, HongKong dan Eropah. Bagaimanapun, saya teringin sangat menyertai Festival Filem Malaysia (FFM) di masa akan datang.

"Harap-harap, selepas tayangan Hantu Gangster yang dijangka pada bulan Ogos tahun depan, filem ini akan dicalonkan dalam FFM.

"Semoga Finas atau pihak berkuasa yang berkaitan dapat memberi lebih banyak sokongan pada kali ini, kerana Hantu Gangster juga mempunyai mesej positif kepada masyarakat Malaysia," tegasnya. (Sumber: MStar)


Video Mamat Khalid Beri Pendapat Tentang Namewee Kurang Ajar Biadap.


mohdrohaizad.com - Betul ke Noh Hujan akan berlakon filem kedua arahan Namewee iaitu "Hantu Gangster"? Agak-agak apa komen fan Noh Hujan? Ada yang akan kutuk Noh Hujan tak?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem "Hantu Gangster", Namewee Ambil Noh Hujan Berlakon By Mohd Rohaizad. Published: 20.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...