CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem "Pak Pong" Arahan Fauzi Nawawi Sebagai Pengarah


Filem "Pak Pong" Arahan Fauzi Nawawi Sebagai Pengarah Selepas Kecewa Filem "Bravo 5" Dibatalkan.

Setelah kecewa dengan filem Bravo 5 yang tidak dapat diteruskan penggambarannya, Fauzi Nawawi akhirnya tampil dengan naskah sendiri bagi menebus kekecewaan.  Bermula 16 Januari hadapan, pelakon popular ini akan memulakan tugasnya sebagai pengarah filem ‘Pak Pong’ yang membariskan beberapa pelakon wanita hangat ketika ini.

“Pak Pong adalah sebuah filem bergenre aksi komedi yang skripnya saya tulis sendiri. Saya telah memilih Neelofa, Siti Saleha dan Fathia sebagai bintang-bintang yang akan mewarnai filem ini. Bagaimanapun, hero filem ini masih belum pasti sebab pilihan pertama saya iaitu Aaron Aziz tidak dapat melakukannya.

Gambar Fauzi Nawawi Sebagai Pengarah Filem Pak Pong
 Gambar Fauzi Nawawi Sebagai Pengarah Filem Pak Pong

Besar kemungkinan saya akan gunakan Hairul Azreen. Mungkin tidak ramai yang kenal dengan nama ini, tapi Azreen ialah pelakon yang bagus. Saya yang membawa masuk dia ke dalam industri dan rasanya tidak salah kalau saya beri dia peluang. Kalau ikut jadual, kita akan mulakan penggambaran pada 16 Januari hadapan di Betong dan Songkla, Thailand,” ujar Fauzi membuka cerita.

Ditanya Fauzi Nawawi apakah maksud di sebalik perkataan ‘Pak Pong’, Fauzi Nawawi memberitahu Pak Pong adalah nama sebuah Kitab Pengasih yang terkenal di kalangan masyarakat Thailand.

Sinopsi Filem "Pak Pong" Kisah Kitab Pengasih Dari Thailand

“Filem Pak Pong ini mengisahkan tentang seorang pemuda kerdil yang terlalu inginkan kesempurnaan. Dia mahu menjadi lelaki normal yang lebih kacak. Macam watak Si Bongkok dalam cerita Sumpah Orang Minyak, arahan P.Ramlee itu. Selepas menuntut ilmu yang salah, lelaki ini lupa diri dan akhirnya perbuatannya itu memakan diri sendiri,” ujar Fauzi Nawawi yang akan turut berlakon sebagai Kassim.

Sementara itu, Fauzi Nawawi juga mendedahkan  dia dan syarikat penerbit, 9 Country Film Sdn Bhd telah pun selesai mengadakan sesi ujibakat di beberapa lokasi bagi mencari bakat-bakat baru untuk menjadi pelakon pembantu filem ini. Jelas Fauzi Nawawi, dia mengambil pendekatan sebegini kerana merasakan industri filem memerlukan muka-muka baru untuk diketengahkan.

“Selain itu, ia juga bertujuan mencari pelakon yang boleh bernaung di bawah syarikat ini. Selepas ‘Pak Pong’, kita merancang untuk menerbitkan beberapa filem lagi. Jadi, kehadiran pelakon tetap ini memang diperlukan untuk masa akan datang.” (Sumber: Portal Gua)


Tengok Video Fauzi Nawawi Gay? Test Shot Lakonan Lelaki Lembut.


mohdrohaizad.com -Selepas kegagalan filem "Bravo 5", Fauzi Nawawi kembali mengarah dengan filem terbaru "Pak Pong". Berjayakah Fauzi Nawawi menyiapkannya? Semoga berjaya ya Fauzi Nawawi. Kami tak sabar untuk tengok Siti Saleha, Nur Fathia dan Neelofa berlakon bersama.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem "Pak Pong" Arahan Fauzi Nawawi Sebagai Pengarah By Mohd Rohaizad. Published: 9.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...