CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Intan Sarafina Selamat Lahirkan Anak (Megat Israfel Raez)


Intan Sarafina Selamat Lahirkan Anak Lelaki Diberi Nama Megat Israfel Raez.

Penyanyi lagu Duhai Malam, Intan Sarafina, 29 tahun, selamat melahirkan bayi lelaki bernama Megat Israfel Raez pada 2 Disember lalu di Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC), Subang Jaya.

Bayi kedua Intan Sarafina itu dilahirkan secara normal seberat 3.38 kilogram.

Gambar Intan Sarafina dan Suaminya Iskandar Bahagia
Gambar Intan Sarafina dan Suaminya Iskandar Bahagia

Menurut Intan Sarafina, nama Israfel dipilih kerana membawa maksud malaikat yang meniup sangkakala manakala Raez bermaksud ketua atau pemimpin yang juga merupakan gabungan nama kedua Intan dan suami iaitu Sarafina dan Ezzahuddin.

Nama Raez turut diberikan kepada anak sulung mereka iaitu Megat Evan Raez yang berusia 2 tahun.

Biarpun sekian lama menyepi dari industri seni, Intan Sarafina tetap tidak berputus asa untuk kembali menyanyi selepas selesai berpantang.

Gambar Anak Lelaki Intan Sarafina Diberi Nama Megat Israfel Raez
Gambar Anak Lelaki Intan Sarafina Diberi Nama Megat Israfel Raez

“Insya Allah, sekiranya ada rezeki saya teringin juga hendak menyanyi semula,” kata Intan Sarafina gembira dengan kelahiran anak keduanya.

Intan Sarafina berkahwin dengan (Gambar) Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli tiga tahun lalu. (Sumber: Mstar)


Tengok Video Intan Sarafina "Duhai Malam".


mohdrohaizad.com - Tahniah kami ucapkan buat Intan Sarafina dan sekeluarga kerana selamat lahirkan anak kedua mereka iaitu Megat Israfel Raez. Semoga kelahiran cahayamata terbaru Intan Sarafina ini akan menceriakan lagi rumah tangga mereka.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Intan Sarafina Selamat Lahirkan Anak (Megat Israfel Raez) By Mohd Rohaizad. Published: 12.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...