CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Kevin Zahri Sambut Krismas Dituduh Murtad


Isu Kevin Zahri Sambut Krismas Dituduh Murtad?

Perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri, 33 tahun, (gambar) menjelaskan dia tidak menyambut perayaan Krismas dan menolak tuduhan para peminat yang seolah-olah memperlihatkan dia seperti mengagung-agungkan agama Kristian.

Kevin Zahri berkata pokok Krismas yang dilihat dalam rumahnya menerusi Facebook “fan page” milik beliau itu dibeli hanya sebagai perhiasan kerana anaknya, Rafael Zahri, 1 tahun, amat meminati pokok tersebut.

Kevin Zahri Perunding Kesihatan Artis Malaysia
Kevin Zahri Perunding Kesihatan Artis Malaysia

“Saya merasakan gambar itu bukan isu besar dan peminat telah salah faham kerana saya bukan berniat untuk menyambut Krismas tetapi membeli pokok itu untuk anak saya yang meminatinya.

“Lagipun, hadiah-hadiah yang dibeli itu sempena ulang tahun pertama kelahiran anak saya yang jatuh 22 Disember lalu,” kata Kevin Zahri kecewa tuduhan liar peminatnya.

Kevin Zahri Perjelaskan Isu Sambut Krismas Sekeluarga

Kevin Zahri diminta mengulas tuduhan peminat dalam Facebooknya berhubung gambar yang dimuat naik menunjukkan dia bersama anak dan isterinya, Rio Elani, 24 tahun, bergambar di berlatarbelakangkan pokok Krismas.

Kevin Zahri turut menulis kegembiraan anaknya dengan pokok Krismas tersebut.

Kevin Zahri Minta Maaf Kontroversi Sambut Krismas
Kevin Zahri Minta Maaf Kontroversi Sambut Krismas

Tindakan itu membuatkan para peminat meluahkan rasa tidak puas hati selain menasihatinya agar tidak meraikan perayaan berkenaan yang ternyata salah di sisi Islam

Tambahnya: “Bagaimanapun, saya menghormati pandangan peminat dan akan memadam gambar itu bagi mengelakkan salah faham.”

Kevin Zahri Padam Gambar Kontroversi Sambut Krismas

Bagaimanapun beberapa minit selepas mStar Online menghubungi Kevin Zahri, gambar tersebut telah di padam dan Kevin Zahri menulis status barunya: “Saya meminta maaf dengan gambar yang dimuat naik sebelum ini. Saya mengambil keputusan untuk memadam gambar itu.”

Menyentuh tentang kariernya Kevin Zahri memberitahu dia sedang sibuk dengan beberapa seminar yang dikendalikannya.

Selain itu, dia juga mempunyai empat laman sesawang sendiri iaitu yang membicarakan tentang sukan dan penjagaan kesihatan seperti kevinzahri.com, cekodok.com dan embun web. (Sumber: Mstar)


Video Kevin Zahri Hot Pole Dance / Menari Guna Tiang.




mohdrohaizad.com - Begitulah penjelasan Kevin Zahri yang menjadi isu panas disebabkan menyambut Krismas dengan gembira bersama keluarga. Nak buat macam mana ya? Kita kan satu Malaysia bak kata PM kita.. So kepada para peminat Kevin Zahri janganlah tuduh yang bukan-bukannya. Harap Kevin Zahri sekeluarga tidak murtad sudahlah..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Kevin Zahri Sambut Krismas Dituduh Murtad By Mohd Rohaizad. Published: 28.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...