CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ISU TEATER: KETUA PENGARAH ISTANA BUDAYA KECEWA


Isu Teater: Ketua Pengarah Istana Budaya Sangat Kecewa Dengan Para Pengkritik?

Pihak Istana Budaya kesal dengan segelintir pihak yang hanya pandai mengkritik agensi itu khususnya dalam pementasan teater tanpa memberi sokongan untuk mengangkat industri seni tersebut.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, selama ini banyak pihak yang menuduh Istana Budaya sekadar mementingkan pementasan bersifat komersial dengan mengetepikan dunia teater .

Gambar Ketua Pengarah Istana Budaya iaitu Datuk Juhari
Gambar Ketua Pengarah Istana Budaya iaitu Datuk Juhari

"Pihak Istana Budaya terpaksa mempelbagaikan persembahan dalam kalendarnya adalah kerana pementasan teater tidak mendapat sambutan daripada penonton.

"Pelbagai naskhah teater terbaik telah dipentaskan tetapi daripada segi penglibatan penonton setakat ini masih mengecewakan," ujarnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Program 2012 Istana Budaya di sini, Khamis.

Isu Teater Komersial Di Istana Budaya

Mohamed Juhari berkata, beliau kesal apabila banyak pihak mempertikaikan agensi itu kerana membawa masuk pelbagai persembahan yang bersifat komersial di Istana Budaya sedangkan objektif utama penubuhannya adalah untuk memartabatkan seni teater.

Ujarnya, pihaknya telah melakukan pelbagai perkara untuk memartabatkan seni teater di negara ini melalui Istana Budaya tetapi mereka perlu realistik dan memenuhi kehendak penonton.

"Kebanyakan persembahan yang dipentaskan seperti teater muzikal, konsert dan drama muzikal mendapat sambutan hebat daripada penonton.

"Oleh sebab itu kita perlu realistik dengan membawa masuk pelbagai genre dalam program di Istana Budaya bagi mengikut kehendak semasa," ujarnya.

Kutipan Tiket Menguntungkan Istana Budaya

Bagaimanapun Juhari berkata, Istana Budaya mencipta sejarah apabila kutipan jualan tiket pada tahun 2011 menunjukkan peningkatan positif iaitu hampir RM12 juta berbanding RM11 juta pada tahun lalu.

Tambahnya, walaupun peningkatan itu sedikit tetapi jumlah tersebut adalah hasil daripada 90 peratus pementasan produksi tempatan berbanding hanya 70 peratus tahun lalu.

"Ini telah menunjukkan penonton di negara ini lebih bijak menghargai hasil karya tempatan dan tidak hanya bergantung kepada persembahan luar negara.

"Pun begitu, kita masih perlu menyelitkan produk dari luar negara bagi menaikkan nama Istana Budaya sebagai salah satu lokasi bertaraf antarabangsa," ujarnya.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu adalah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais. (Sumber: Mstar)


Video Teater Komersial "Dreamgirls The Musical" di Istana Budaya.


mohdrohaizad.com - Mengenai isu teater yang bersifat komersial dikritik hebat oleh pengkritik seni teater Malaysia. Memang Ketua Pengarah Istana Budaya sangat kecewa kerana banyak yang mengkritik tetapi tiada yang ingin membantu dalam menaikkan seni teater di Malaysia. Berapa kerat orang sahaja yang sanggup habiskan duit untuk menonton teater. Memang Istana Budaya menghadapi cabaran yang sukar masa kini tambah-tambah zaman teknologi sekarang kan?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ISU TEATER: KETUA PENGARAH ISTANA BUDAYA KECEWA By Mohd Rohaizad. Published: 30.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...