CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Izreen Azminda & Riza Baharuddin Bertunang Di Alor Star


Izreen Azminda & Riza Baharuddin Bertunang Di Alor Star?

ALHAMDULILLAH... Kami turut tumpang bahagia bila pelakon cun melecun Izreen Azminda (26) akan bertunang dengan kekasihnya iaitu seorang cameraman kacak Mohd. Riza Baharuddin (28). Mereka akan bertunang pada 1 Januari 2012 (Ahad) di kampung halaman Izreen di Alor Star, Kedah.

Insya Allah... Pasangan kekasih yang sama-sama cun ni dijangka akan bernikah sebelum Ramadan tahun depan. Wah gitu... jangan lupa jemput kami tau! 

Cerita Majlis Pertunangan Izreen Azminda dan Riza Baharuddin: 

"Sebenarnya dah lama Izreen Azminda kenal Riza. Namun selepas kontroversi percintaan Izreen Azminda dengan Johan As'ari. hubungan kami mula rapat. Kebetulan masa tu dia jadi cameraman untuk siri drama Tentang Dhia. Bertambah akrab la kami!

"Tak dinafikan memang ramai yang cakap terlalu awal untuk Izreen Azminda bertunang sedangkan nama semakin meningkat popular. Bagi Izreen, buat apa nak tunggu lama-lama kalau dah jumpa dengan lelaki yang betul-betul ikhlas dan serius mencintai kita. Zaman sekarang susah nak cari lelaki macam dia tau!

Izreen Azminda dan Riza Baharuddin Tidak Sabar Bertunang
Izreen Azminda dan Riza Baharuddin Tidak Sabar Bertunang

"Lagi pun, Izreen lebih pentingkan kebahagiaan hidup berbanding populariti. Soal rezeki tu semuanya ketentuan tuhan. Izreen Azminda tak kisah dengan status duda Riza, apa yang penting dia seorang lelaki yang bertanggungjawab, matang dan perwatakannya cukup buat Izreen selesa serta bahagia.

"Perangai kami pun sangat kontra dan ini membuatkan kami saling melengkapi. Izreen ni cepat melenting, dia pulak sangat cool. Dia pun pandai mengurut, lepas kahwin nanti bolehlah dia urut-urut Izreen bila penat shooting, hehe...

"Apa yang paling penting adalah bakat seorang bapa yang ada padanya. Ye laa... dia pun dah ada seorang anak lelaki.

"Nak tahu, pada mulanya sebenarnya Izreen sendiri tak terfikir untuk bertunang dalam masa terdekat, sehinggalah keluarga Riza datang merisik pada 10 Disember lalu. Bila dah dapat tarikh bertunang, barulah Izreen bersedia beritahu media.

"Kalau diikutkan kehendak mak Izreen, dia nak kami terus kahwin aje... tapi kami tak nak terburu-buru kerana soal kahwin ni bukanlah kecil. Banyak persediaan yang perlu dibuat.

"Biarlah ikatan pertunangan ini memberi ruang kepada kami untuk lebih mengenali hati budi masing-masing. Lagi pun ini menunjukkan Riza serius terhadap Izreen.

Izreen Azminda Cantik Jelita Artis Baru Malaysia
Izreen Azminda Cantik Jelita Artis Baru Malaysia

"Rasa berdebar-debar jugak nak jadi tunang orang. Dalam masa yang sama Izreen rasa gembira dan sangat bersyukur. Doakanlah yang terbaik buat kami berdua ya!

"Izreen dah bersedia untuk jadi seorang isteri dan ibu. Selepas kahwin nanti, Riza tak halang Izreen terus aktif berlakon asalkan tak abaikan tanggungjawab sebagai isteri."

Demikian cerita Izreen Azminda yang sedang meletup dalam siri drama Tentang Dhia dengan watak Melly. Lakonan Izreen memang best! Mangga bagi five star! Caayangg Izreen!!

Majalah Mangga edisi Januari 2012 yang sedang hot di pasaran turut memuatkan kisah Izreen Azminda. Cepat dapatkan di pasaran sebelum kehabisan. Mangga kini berwajah baru dengan kesemua halaman berwarna. (Sumber: Portal ManggaOnline)


Video Terkini Izreen Azminda Semasa Temubual Bersama Gitulah Kelly.




mohdrohaizad.com - Memang khabar angin sebelum ini menggatakan Izreen Azminda bercinta dengan cameraman iaitu Mohd Riza Baharuddin. Mereka dijangka bertunang awal tahun depan di Alor Star. Semoga majlis pertunangan Izreen Azminda dan Riza Baharuddin berjalan dengan lancar kami doakan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Izreen Azminda & Riza Baharuddin Bertunang Di Alor Star By Mohd Rohaizad. Published: 20.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...