CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Jenice Zelynn (Jzelynn) Konsert Mini Artis Antarabangsa


Jenice Zelynn (Jzelynn) Konsert Mini Artis Antarabangsa di Kuala Lumpur.

Penyanyi (Gambar) Jenice’Zelynn (Jzelynn), 30 tahun, (gambar) sedang dalam proses melakukan konsert mini yang turut menampilkan seorang artis antarabangsa di Kuala Lumpur pada tahun depan.

Bagaimanapun dia yang pernah menghasilkan album Percayalah itu enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana masih dalam perbincangan tentang urusan artis antarabangsa.

Gambar Jzelynn Seksi Hot Malaysian Singer
Gambar Jzelynn Seksi Hot Malaysian Singer

“Saya mahu membuat kejutan kepada semua tentang konsert mini ini dan sekarang ini masih mencari penaja serta menunggu maklum balas dari pihak penganjur.

“Kami mensasarkan untuk membuat konsert ini pada suku kedua tahun depan,” kata Jzelynn lagi.

Selain itu, penyanyi yang turut dilantik menjadi duta dan jurucakap untuk ‘Bumi Hijau Pulau Pinang’ selama dua tahun berturut-turut itu akan kembali dalam bidang lakonan.

“Saya akan muncul sebagai watak pembantu dalam sebuah drama bersiri di TV3 yang akan memulakan penggambaran pada Januari depan.

Persembahan Jzelynn di LIMA 2011.

“Ini merupakan kali kedua saya berlakon selepas kali pertama berlakon dalam filem Embun arahan Erma Fatima,” katanya yang akan membuat persembahan di acara pembukaan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 di Langkawi pada Selasa ini.

Bagaimanapun, penyanyi ini akan sedaya upaya yang mengembangkan kerjayanya dalam bidang muzik terlebih dahulu.

“Sekurang-kurangnya saya mencuba dan tidak mahu hidup dalam tanda tanya serta cepat berputus asa,” ujarnya yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran Berita) dari Indiana State University.

Selain itu, Jzelynn turut menjadi duta kepada beberapa produk seperti Menstrol Period Pain Plaster, Tripo-X, CSL untuk siri Swarovski dan pereka fesyen Hideaki. (Sumber: Mstar)

Tengok Video Jzelynn Lagu "Katakan" dan "Cinta Hati".







mohdrohaizad.com - Jenice Zelynn atau panggilan Jzelynn ingin menggadakan persembahan konsert mininya bersama dengan artis antarabangsa di Kuala Lumpur. Kami tengok video music Jzelynn kurang mendapat perhatian penonton, best ke tak lagunya? Anda nilailah sendiri ya.. Berjayakah Jzelynn membuat konsertnya itu? Sama-samalah juga kita nantikannya tahun depan. "Aksi Panas Lucah Katrina Kaif Dalam Filem Bollywood"

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Jenice Zelynn (Jzelynn) Konsert Mini Artis Antarabangsa By Mohd Rohaizad. Published: 4.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...