CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Julie Woon Seksi Hot Selebriti Malaysia


Kisah Julie Woon Seksi Hot Selebriti Malaysia.

Walaupun berambut tidak terlalu panjang, pengacara Take Me Out!, Julie Woon tetap menitikberatkan penjagaan rambut agar sentiasa cantik dan sihat.

Ini kerana baginya, keadaan rambut pada suatu masa itu menjadi penentu keyakinannya sebelum melakukan sesuatu perkara. Kata Julie Woon, rambut merupakan anggota yang paling penting kerana ia diibaratkan sebagai mahkota wanita.

Rambut boleh menampakkan seseorang itu selekeh atau kasual dan ia bahagian yang paling sukar untuk dikekalkan kecantikannya.

Gambar Julie Woon Seksi Hot Pengacara Malaysia
Gambar Julie Woon Seksi Hot Pengacara Malaysia

“Bahagian rambut juga mampu memberi kesan kepada tahap keyakinan seseorang. Saya akan berasa terlalu cantik selepas keluar dari salun rambut kerana selepas membuat rawatan.” katanya kepada OopStarz!

Julie Woon agak beruntung kerana tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk merawat rambutnya.

Julie Woon mendapat tajaan dari salon kecantikan Shawn Cutler, Jalan Telawi, Bangsar bermula awal tahun lalu dan boleh mendapatkan khidmat salun itu pada bila-bila masa.

Gambar Julie Woon Sanggup Berbogel Selebriti Malaysia
Gambar Julie Woon Sanggup Berbogel Selebriti Malaysia

“Kebiasaannya, saya akan ke Shawn Cutler apabila mempunyai tugasan dan acara di luar sekurang-kurangnya seminggu sekali.

“Servisnya bagus malah pendandan rambut di situ juga banyak memberikan nasihat tentang gaya rambut yang sesuai mengikut wajah dan tidak sewenang-wenangnya mengikut citarasa saya 100 peratus.

“Jika potongan yang diinginkan tidak sesuai dengan wajah, mereka tidak akan buat dan semestinya saya mempercayai mereka.

Julie Woon Jaga Rambut Di Salon Kecantikan

“Saya juga akan memotong rambut setiap bulan atau dua bulan sekali jika ingin mempercepatkan rambut panjang.

“Selain itu, saya akan melakukan rawatan kulit kepala untuk menguatkan akar rambut kerana semua debu dan kekotoran yang melekat di kulit kepala akan memberi kesan buruk kepada akar rambut,” katanya.

Mendapatkan rawatan di salun tidak memadai baginya kerana Julie tetap akan mencuci rambutnya di rumah setiap hari.

Gambar Kontroversi Julie Woon Berciuman Dengan Pasangan Sejenis
Gambar Kontroversi Julie Woon Berciuman Dengan Pasangan Sejenis

“Saya perlu mencuci rambut setiap hari kerana memiliki rambut yang berminyak. Jika ada yang berambut kering, saya rasa mereka boleh mencucinya selang dua hingga tiga hari sekali.

“Saya juga memilih syampu yang sesuai dan sering bertukar-tukar syampu selepas menggunanya beberapa bulan agar kulit rambut tidak serasi dengan satu jenis syampu sahaja,” kata Julie Woon yang sedang menggunakan syampu jenama Kadus.

Julie Woon yang gemar bermain tenis dan berenang di waktu lapang turut berkongsi tip sebelum berenang.

“Sebelum berenang, saya akan meletak perapi rambut terlebih dahulu untuk melindungi rambut dari terdedah dengan klorin,” ujar Julie Woon. (Sumber: MStar)


Tengok Video Julie Woon Semasa Ujibakat (Audition).




mohdrohaizad.com - Julie Woon penuh dengan kontroversi, malah selebriti seksi hot Malaysia ini tidak segan untuk menayangkan badannya buat tatapan peminat.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Julie Woon Seksi Hot Selebriti Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 12.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...