CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kes Chomel Fana Berlagak Kekwat di Jom Heboh


Kes Chomel Fana Berlagak Kekwat di Jom Heboh?

Dulu sudah elok-elok jadi pelakon, tiba-tiba nak jadi penyanyi pula. Tapi bila dah dapat peluang ukir nama jadi penyanyi, tunjuk perangai macam tidak serius pula.

Kadang-kadang tak faham juga dengan artis-artis baru sekarang. Mentang-mentanglah peluang nak jadi penyanyi tu mudah. Bukanlah nak kata, tapi sepatutnya kita hargailah peluang yang datang bergolek tu.

Macam kes Chomel Fana ni. Ala...yang ada single berjudul BFF dan bernaung di bawah KRU Studios tu. Memang jarang dengar nama dia diiringi dengan gosip.

Gambar Chomel Fana Seksi Hot Penyanyi Malaysia
Gambar Chomel Fana Seksi Hot Penyanyi Malaysia

Tapi baru-baru ini, timbul isu Chomel dikatakan kekwat dan sudah mula tunjuk perangai dalam satu persembahan Jom Heboh tempoh hari.

Tarik-tarik muka, tak bertegur sapa, mengasingkan diri dari orang dan asyik menghadap telefon bimbitnya semata. Eh apa ni?

Kita dah masuk tempat orang, nak buat persembahan pula tu, tak akanlah nak tunjuk perangai tak molek macam itu. Betul tak?

Bila Pancaindera mengajukan isu ini pada Chomel, ternyata dia sudah dapat mengagak.

Temubual Chomel Fana Kes Berlagak Kekwat

Makna kata, dia tahulah apa yang dia tengah buat tempoh hari tu, ya bukan?

Bersama Pancaindera, Chomel membentangkan alasan mengapa dia bersikap demikian sehingga telah menyebabkan ramai yang tersalah anggap padanya.

Apa cerita ni dik sampai ada yang kata awak buat perangai semasa Jom Heboh tempoh hari?

Bukan saya sengaja buat perangai. Kalau nak tahu masa tu saya sakit. Saya demam dan sakit tekak. Lagipun sepanjang dua hari Jom Heboh berlangsung, saya kerja dari pagi sampai petang, jadi saya penat. Tambahan demam pula. Itu yang tak banyak cakap sangat tu.

Chomel Fana Sakit Sampai Tidak Dapat Bercakap

Kalau tak bercakap pun, tak akanlah sampai sepatah pun tak boleh. Lepas tu duduk menyendiri macam tak bercampur dengan orang. Itu dakwaan orang yang melihat awak ketika itulah. Komen?

Kalau nak tahu, masa tu, mana ada orang lain pun. Cuma saya dan seorang kenalan yang memang tahu saya sakit. Memang saya tak beritahu siapa-siapa tentang keadaan saya masa tu. Iyalah, tak akanlah nak beritahu semua orang yang saya sakit. Nanti apa pula kata mereka. Jadi sementara tunggu giliran menyanyi, saya duduk sajalah di situ.

Apa pula kes asyik menghadap telefon saja? Ada yang kata masa awak buat begitu, giliran awak buat persembahan dah pun bermula. Lagu pun dah siap terpasang. Tapi awak masih sibuk mengetik telefon. Jelaskan sikit.

Memang saya ada pegang telefon masa tu. Tapi bukanlah sibuk hantar mesej atau apa. Sebenarnya saya sedang hafal lirik. Saya simpan lirik dalam telefon. Masa tu saya bawa lagu orang. Lagu Teruskanlah dari Agnes Monica. Disebabkan saya demam, jadi fikiran pun macam bingung sedikit. Jadi saya risau kalau-kalau tak hafal lirik. Sebab itulah telefon tu sentiasa ada di tangan.

Tak akanlah saya bodoh sangat sengaja nak sibuk buat benda lain.

Chomel Fana Tidak Serius Dalam Bidang Nyanyian?

Apa komen Chomel bila ada yang kata awak sebenarnya tak serius bila masuk dalam bidang nyanyian?

Siapa kata saya tak serius. Cuma keadaan saya masa itu saja yang menyebabkan orang boleh tersalah anggap. Sebelum ini saya tak pernah buat hal. Saya tidak pernah tidak serius dengan apa yang saya buat. Contohnya, saya tengok lirik, semua tu sebab saya taknak buat silap masa menyanyi. Saya nak berikan yang terbaik dan kepuasan kepada penonton.

Komen Chomel kepada mereka yang dah tersalah faham mengenai kelakuan awak tempoh hari?

Pertamanya saya nak minta maaflah. Bukan saya minta untuk jatuh sakit ketika itu. Itu pun saya datang juga memenuhi komitmen dengan pihak penganjur. Tapi tak akanlah saya nak cerita pada semua orang. Kalau ada yang kata saya kurang ajar pun, saya minta maaf. Mulut orang saya tak boleh nak tutup. Jadi saya iyakan saja apa yang mereka cakap. Biar diri diri dan kawan-kawan rapat saya sahaja yang tahu hal sebenar. Lainlah kalau orang datang tanya bukan. Apa pun terima kasih kepada yang membuka cerita. Sekurang-kurangnya saya tahu ada mata yang sedang memerhatikan. (Sumber: Utusan Malaysia)


Video Chomel Fana Lagu Single "BFF".




mohdrohaizad.com - Kes terkini Chomel Fana dikatakan berlagak kekwat di Jom Heboh. Namun kenyataan Chomel Fana masa tersebut kata dia sakit demam sebab tu buat perangai. Entah la.. sampai macam tu sekali ya Chomel Fana?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kes Chomel Fana Berlagak Kekwat di Jom Heboh By Mohd Rohaizad. Published: 18.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...