CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Khairul Fahmi Che Mat Jadi Model Jenama Popular


Khairul Fahmi Che Mat (Apex) Jadi Model Jenama Popular?

Orang kata tuah ayam nampak di kaki, tapi tuah manusia siapa yang tahu. Tuah pemain bola juga nampak di kaki sebab mereka cari makan menggunakan kaki. Tapi kalau penjaga gol pula macam mana? Tuah di tangan kut.

Memang penjaga gol sensasi negara Khairul Fahmi Che Mat sentiasa bertuah. Walaupun kejayaannya dan rakan sepasukan dalam membawa pulang kemenangan menjadi keriangan dan kebanggan peminat, dia juga terpalit kontroversi apabila kisah di luar padang turut jadi bualan. Adatlah bila jadi orang popular ni.

Gambar Khairul Fahmi Che Mat Model Jenama Popular
Gambar Khairul Fahmi Che Mat Model Jenama Popular

Kamiada dengar Fahmi atau nama manjanya Apex tu akan jadi model tak lama lagi. Dia akan menjadi wajah untuk kempen produk jenama popular yang ada kaitan dengan gaya. Tak beranilah Mangga Online nak dedahkan jenama itu kerana tak mahu mengganggu urusan tersebut.

Maklumlah pihak jenama itu belum lagi membuat pengumuman. Apex juga tak ada membuka mulut. Malah penggambaran iklan yang bakal menghiasi kaca TV belum dibuat lagi.

Jadual Apex pun padat jadi kenalah tunggu komitmen dia reda sikit barulah boleh buat penggambaran. Sekarang inipun dia dok menggalas tugas sebagai kepten dalam beberapa siri perlawanan persahabatan di luar negara.

Gambar Apex Jadi Model Brand Terkenal

Kami ada dengar pihak yang dipertanggungjawabkan menghasilkan iklannya sedang giat mencari model-model lelaki dan wanita  yang bakal beraksi bersama Apex.

Kepada peminat Apex tunggulah hero anda menjadi jurucakap produk pula. Makin ramailah anak-anak dara nak bergaya selepas ini.

Pasti ramai peminat beralih kepada produk yang menampilkan Apex sebagai model itu. Yalah dia banyak peminat. Pasti ada yang mahu mengikut gayanya.

Gambar Apex Jadi Jurucakap Duta Produk Ternama

Walaupun beraksi di tengah-tengah padang, Apex sentiasa tampil dengan aura tersendiri. Agaknya sebab itulah dia dilamar untuk menjadi jurucakapnya.

Sebelum ini ramai juga selebriti sukan jadi jurucakap produk, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan jenama sukan. Bayarannya pasti lumayan. Itulah habuan bila menghasilkan sesuatu yang dibanggakan.

Hari ini penyokong bolasepak semakin ramai sebab mereka bangga dengan pencapaian generasi baru bolasepak yang sudah bangkit setelah sekian lama sering menjadi bahan sindiran sebab asyik gagal. (Sumber: Portal Mangga Online)


Video Temubual Terkini Khairul Fahmi Che Mat (Apex) Dalam Program Nona.




mohdrohaizad.com - Rezeki Khairul Fahmi Che Mat atau Apex memang melimpah ruah. Dengan banyak peminat pasti dapat menyokong apa jua produk jenama popular jika Apex menjadi model mereka. Tahniah ya Khairul Fahmi Che Mat, anda sememangnya layak, cuma jangan lupa untuk terus kekalkan prestasi anda dengan baik.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Khairul Fahmi Che Mat Jadi Model Jenama Popular By Mohd Rohaizad. Published: 14.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...