CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kisah Percintaan Shila Amzah & Sharnaz Basir


Kisah Percintaan Shila Amzah & Sharnaz Basir Masih Peringkat Mengenali Hati Budi.

Penyanyi, Shila Amzah, 21 tahun, akui sedang mengenali hati budi pelakon Sharnaz Ahmad atau Sharnaz Basir Ahmad, 26 tahun, yang sebelum ini hangat dikaitkan dengan gosip bersama.

Bukan hendak menafikan hubungan cintanya dengan jejaka tersebut, tetapi pelatun lagu Patah Seribu itu berkata, hubungan mereka masih diperingkat awal untuk dikategorikan sebagai bercinta.

Gambar Shila Amzah dan Sharnaz Basir Bercinta
Gambar Shila Amzah dan Sharnaz Basir Bercinta

"Saya benar-benar mula mengenali Sharnaz dan berkawan dengannya sejak dia berlakon dalam klip video single, Patah Seribu, Julai lalu.

"Apa yang boleh saya katakan, kami kini memang berkawan rapat dan ketika ini adalah peringkat untuk kami mengenali hati budi masing-masing.

"Saya suka berkawan dengannya kerana kami senang dan selesa untuk berbicara apa sahaja. Saya dapati juga kami serasi dan ngam apatah lagi dia seorang yang pandai membawa diri dalam apa jua situasi.

"Namun saya tak rasa kami akan pergi jauh dalam masa terdekat, kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing.

"Lagipun terlalu sukar untuk mengungkap kata cinta itu kerana ianya akan datang sekali dengan komitmen. Terus-terang buat masa sekarang saya belum bersedia untuk memberikan komitmen itu," kata Shila Amzah.

Shila Amzah dan Sharnaz Basir Serius Bercinta?

Bagaimanapun, Shila Amzah berkata dia tidak menolak jika pada masa akan datang, dia ditakdirkan untuk mempunyai hubungan serius iaitu bercinta dengan jejaka tersebut.

"Sebenarnya selepas bekerjasama menjayakan klip video Patah Seribu, kami tidak lagi berjumpa sehinggalah kami dipertemukan kembali ketika Anugerah Skrin 2011 yang lalu.

"Kebetulan pula, kami lalu di karpet merah secara serentak dan seiringan. Masing-masing pula memakai pakaian dari tema warna yang sama iaitu unggu.

"Kami tak merancang untuk memilih warna baju yang sama. Tapi bila saya tanya kepadanya mengapa memilih unggu, rupa-rupanya warna tersebut adalah warna kegemarannya.

"Saya sudah dapat mengagak, orang atau pihak media sudah mula membuat andaian yang kami ada hubungan cinta walaupun hakikatnya tidak.

"Namun kita tidak boleh menjangka dengan apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

"Tapi apa-apa pun biarlah saya ambil masa untuk mengenalinya luar dan dalam sebelum meneruskan hubungan cinta yang serius ," tambahnya lagi.

Shila Amzah dan Sharnaz Basir Keluar Berdating

Selepas Anugerah Skrin 2011, pasangan dua sejoli itu kemudiannya turut tampil berpasangan ketika majlis Fun Fearless and Fabulous anjuran majalah fesyen dan gaya hidup Cosmopolitan, baru-baru ini.

Shila Amzah kini sedang dalam proses untuk menyiapakn album studio penuh miliknya yang dijangka lahir pada Mac tahun hadapan. (Sumber: Portal Murai)


Video Youtube Shila Amzah dan Ayahnya ND Lala Lagu "IBU".


mohdrohaizad.com - Kisah percintaan Shila Amzah dan Sharnaz Basir bukan lagi asing walaupun mereka masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing. Kami para peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat Shila Amzah dan Sharnaz Basir.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kisah Percintaan Shila Amzah & Sharnaz Basir By Mohd Rohaizad. Published: 13.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...