CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kontroversi Airis Yasmin Janda Seksi Ditaja VVIP


Kontroversi Airis Yasmin Janda Seksi Ditaja VVIP Suatu Ketika Dahulu?

Dalam tempoh lima tahun, tiada siapa pun yang sedar bakat diri Airis Yasmin dalam industri seni, malah gagal meraih sebarang publisiti lantaran kurang menonjol. Mungkin ini kerana dia tiada kontroversi atau kisah sensasi yang menyebabkan masyarakat terus mengingatinya.

Kalau ada pun, cerita gosip melibatkan namanya adalah kisah peribadi Airis Yasmin iaitu janda beranak seorang, seksi dan ditaja oleh golongan VVIP yang pernah tersebar satu ketika dahulu, pun tidak menarik perhatian sesiapa untuk mengenali dirinya.

Apa pun cerita yang tersebar bertujuan untuk mencalarkan peribadi itu masih tidak dapat mengukuhkan lagi jenama Airis Yasmin yang berada dalam industri sejak 2006.

Gambar Airis Yasmin Seksi Hot Pelakon Malaysia

“Kalau ditanya apa yang saya rasa, memang ada sedikit kekecewaan di hati tetapi ini hakikat dunia seni, tidak semuanya indah seperti yang digembar-gemburkan. Tidak dinafikan ada sesetengah penerbit seperti “pilih kasih” didalam memilih artis hanya yang laris, berwajah komersial dan penuh kontroversi untuk melariskan karya mereka.

“Sementara saya yang artis bersih ni semakin jauh ketinggalan ke belakang. Dilema yang saya alami ini sudah lama saya perhatikan, dah jadi penyakit pun dalam industri ini. Namun itu hakikat yang perlu saya terima.

“Tujuan saya menceburi ini untuk berkongsi bakat saya dan tidak terlintas untuk mengejar anugerah atau glamor. Nawaitu itu buat saya lebih selesa bersikap merendah diri dan bersederhana saja,” luah Airis Yasmin yang berusia 32 tahun ini.

Airis Yasmin - Industri Seni Malaysia Ada Penyakit

Apa faktor lain yang menyebabkan finalis Pengacara Jemputan Nona TV3 tahun 2002 ini berkata demikian? Bagaimana hubungan Airis dengan media selaku pihak yang bertanggungjawab mengangkat namanya di persada seni?

“Media amat memainkan peranan yang penting didalam mengangkat nama seseorang artis, tetapi memandangkan saya artis yang tidak sukakan kontroversi maka tiada gosip yang tercipta. Walaubagaimanapun saya amat menghargai usaha-usaha rakan media yang tidak putus-putus membantu memberikan publisiti kepada saya,” jelasnya.

Ditanya adakah dia tidak takut dengan kecaman apabila melontarkan pandangan ‘berbisa’ tersebut, dia berkata, “Ini semua adalah kebenaran.”

Pelakon filem Janin ini juga tidak mahu membabitkan kesuraman dirinya lantaran keluar menjadi artis di bawah naungan syarikat Aquila Emas sejak Februari 2010 lalu.

“Rezeki saya dalam industri ini memang sudah ditentukan oleh-Nya dan saya reda kalau satu masa nanti saya tarik diri terus. Mana tahu, bila bakat saya semakin dilupakan satu masa nanti.

“Mungkin ada hikmah dan saya perlu meneruskan kehidupan menyara anak dan keluarga,” katanya dengan yakin.

Airis Yasmin Sakit Asma Kronik

Mengorek persoalan apakah sebenarnya yang membuatkan dia merajuk dengan industri hiburan, katanya, “Saya menghidap penyakit asma kronik sejak akhir-akhir ini yang perlu mengehadkan aktiviti harian. Tumpuan lebih kepada penjagaan kesihatan.”

Menurutnya, dia sudah lama menghidap asma tapi bertambah teruk selepas muntah darah kerana terkena jangkitan kuman pada paru-paru.

Dalam penderitaan tersebut, Airis sempat berlakon dua filem tahun ini iaitu Chow Kit dan Tokak dan drama Embargo dan Dalam Karya Ada Cinta untuk melepaskan rindunya dalam bidang lakonan.

“Penyakit ini bukan penyebab memutuskan semangat sebab saya mahu terus berjuang andai ada yang menghargai bakat saya,” kata Airis Yasmin. (Sumber: Utusan Malaysia)


Video Airis Yasmin Dalam Drama "Insya-Allah".


mohdrohaizad.com - Kontroversi Airis Yasmin yang dikatakan janda seksi ditaja VVIP tidak mendapat respon baik daripada peminat industri seni suatu ketika dahulu. Entah dimana silapnya bintang Airis Yasmin kurang bersinar berbanding dengan artis yang lain. Yang penting Airis Yasmin tidak berputus-asa jika masih sayangkan bidang seni lakonannya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kontroversi Airis Yasmin Janda Seksi Ditaja VVIP By Mohd Rohaizad. Published: 18.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...