CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kontroversi Azmeer Mengamuk Tinggalkan Vokal


Kontroversi Azmeer Mengamuk Tinggalkan Program Vokal Bukan Sekadar Rupa.

Minggu kelapan pertandingan Vokal Bukan Sekadar Rupa (Vokal) Ahad lalu mencetuskan kekecohan.

Insiden itu berlaku apabila Azmeer selaku juri tetap program realiti televisyen itu bertindak meninggalkan kerusi yang didudukinya sejurus selepas peserta keempat (terakhir) pada malam itu, Mafarikha Md. Akhir atau Mafa, membuat persembahan.

Tindakan Azmeer yang tidak disangka-sangka membuatkan pengacara, Faisal Ismail terpinga-pinga termasuk Erra Fazira yang duduk di sebelah Azmeer.

Gambar Azmeer Mengamuk Tinggalkan Vokal Sebab Para Peserta
Gambar Azmeer Mengamuk Tinggalkan Vokal Sebab Para Peserta

Bahkan penonton di rumah yang menyaksikan program siaran langsung tersebut, turut tertanya-tanya mengapa komposer lagu Sebelum dan Sesudah dendangan kumpulan Senario, bertindak sedemikian?

Bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Azmeer yang dianggap emosional dan keanak-anakan, satu sidang akhbar diadakan di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor sejurus tamat siaran langsung.

"Tindakan saya bukan untuk mencipta kekecohan atau mempunyai agenda lain tetapi apa yang telah saya lakukan ini adalah sebagai pengajaran kepada para peserta.

"Sebagai juri, tugas saya adalah untuk mengkritik tetapi apa guna jika setiap minggu, kritikan yang dilemparkan seolah-olah tidak diendahkan oleh para peserta?

"Saya tidak suka mengulang kritikan yang sama pada setiap minggu tetapi nyata peserta tidak ada inisiatif untuk memperbaikinya," kata Azmeer memberi penjelasan.

Azmeer Beri Kritikan Pedas Kepada Peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa

Jadi, katanya, daripada dia marah dan mengeluarkan kata-kata yang pedas kepada para peserta, lebih baik dia bangun daripada tempat duduk dan meninggalkan pentas.

Kata Azmeer lagi, dia sedar gelagatnya disaksikan oleh penonton di rumah tetapi tegasnya, itu bukanlah lakonan.

"Saya tidak kisah apa pendapat atau pun pandangan penonton. Tetapi teguran dan kritikan yang saya berikan kepada peserta adalah jujur.

"Niat dan tujuan saya adalah untuk memperbaiki lagi mutu nyanyian dan persembahan mereka. Saya ikhlas untuk membantu dalam melahirkan seorang penyanyi yang baik bukan sahaja daripada segi nyanyian, tetapi juga daripada persembahan mereka.

Penjelasan Azmeer Selepas Mengamuk & Kecewa

"Memang benar rancangan ini tidak mengutamakan paras rupa. Tetapi nyanyian yang baik perlu disertakan dengan gaya persembahan yang menarik.

"Fizikal bukan penghalang untuk memberikan persembahan terbaik. Cuma apa yang diharapkan, tolonglah... peserta ambil perhatian setiap komen dan teguran daripada saya selaku juri," ujar Azmeer kecewa. (Sumber: Utusan Malaysia)


Tengok Video Azmeer Bengang Tinggalkan Program Vokal Bukan Sekadar Rupa.


mohdrohaizad.com - Azmeer mempunyai sebabnya yang kukuh kenapa dia mengamuk dan tinggalkan Vokal Bukan Sekadar Rupa semasa program tersebut siaran langsung. Kontroversi tersebut menyebabkan ramai menganggap Azmeer bersikap emotional dan keanak-anakan tetapi kalau anda berada ditempat Azmeer pasti bengang apabila para peserta buat tak endah apa yang dikritik.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kontroversi Azmeer Mengamuk Tinggalkan Vokal By Mohd Rohaizad. Published: 10.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...