CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kontroversi Erin Malek Artis Remaja Bermasalah


Kontroversi Erin Malek Berazam Jaga Tingkah-Lau Elak Jadi Artis Remaja Bermasalah.

Pelakon remaja yang sering terkait dengan kontroversi, Erin Malek berazam untuk tidak melakukan sebarang perbuatan yang mencetuskan kontroversi bagi dirinya.

Erin Malek yang pernah dihimpit dengan kontroversi keluarga turut dilabelkan sebagai remaja bermasalah itu mengakui akan lebih menjaga tingkah lakunya.

Erin Malek Dilabelkan Artis Remaja Bermasalah Malaysia
Erin Malek Dilabelkan Artis Remaja Bermasalah Malaysia

"Saya tidak mahu lagi dikatakan remaja bermasalah, saya tak mahu buat perkara-perkara yang akan menjejaskan imej saya.

"Ya, saya mengakui mungkin tindakan saya dulu satu kesilapan kerana terlalu mengikut rakan-rakan dan meniru-niru gaya artis luar," katanya ketika ditemui pada satu sidang media pelancaran drama Klik, baru-baru ini.

Erin Malek Bertindik Lidah

Sebelum ini, Erin Malek pernah mencetuskan kontroversi apabila mengaku bertindik lidah dalam sebuah rancangan hiburan.

"Saya mengaku apa yang saya buat itu salah dan saya tidak nafikan bahawa saya buat itu semua kerana rasa ingin tahu sebagai seorang ramaja.

"Tapi bila kontroversi berlaku, hidup saya sangat tidak senang. Sebagai remaja saya mengakui saya sukar untuk mengawal keadaan berhadapan dengan masalah.

"Saya lebih suka duduk bersendirian dan tidak pulang ke rumah. Oleh itu saya berazam tidak mahu terlibat atau menimbulkan perkara-perkara sebegitu lagi," katanya.

Dalam pada itu, Erin yang sedang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkata dia akan menumpukan perhatian kepada bidang lakonan sepenuhnya pada tahun depan.

"Saya berehat sepanjang tahun ini dan menolak banyak tawaran berlakon kerana ingin menumpukan perhatian pada pelajaran.

"Selepas habis kertas terakhir pada minggu depan, saya ingin fokus pada kerja pula," katanya yang bakal membintangi drama Aishiteru yang bakal ditayangkan di TV9.

Erin Malek Mahu Sambung Belajar Di Luar Negara

Ditanya tentang perancangan hidup, Erin berkata dia merancang untuk menyambung pelajaran di luar negara dalam bidang pengarahan filem.

"Impian saya untuk belajar dalam bidang pengarahan di luar negara. Tapi saya mahu belajar dengan duit hasil titik peluh saya sendiri," katanya. (Sumber: MStar)

Tengok Video Erin Malek Sosial Tindik Lidah dan Mengaku Bermasalah.


mohdrohaizad.com - Erin Malek berazam untuk menjaga tingkah-lakunya untuk elak terus dilabelkan sebagai sosial dan artis remaja bermasalah. Mampukah Erin Malek berubah menjaga perangainya atau terus menimbulkan kontroversi? Sama-sama kita tunggu..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kontroversi Erin Malek Artis Remaja Bermasalah By Mohd Rohaizad. Published: 2.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...