CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kontroversi Zaleha Mohd Khalid & Jalani Sidek Jalin Hubungan Cinta?


Kontroversi Zaleha Mohd Khalid Nafi Jalin Hubungan Cinta Dengan Jalani Sidek?

Selepas menimbulkan kontroversi dengan kenyataannya bahawa dia dan bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek mempunyai 'hubungan istimewa', usahawan (Gambar) Zaleha Mohd Khalid, 47 tahun, menerusi laporan akhbar Harian Metro semalam menegaskan bahawa hubungan istimewa yang dimaksudkannya itu bukanlah hubungan cinta.

Menurut akhbar tabloid itu, Zaleha Mohd Khalid yang hadir ke Balai Berita akhbar berkenaan pada petang kelmarin bagi menjelaskan perkara sebenar atas dakwaan beliau mempunyai motif tertentu selepas mendedahkan hubungan rapatnya dengan Jalani, isterinya, Raja Azmi Raja Sulaiman serta seluruh ahli keluarga bekas jaguh beregu badminton itu.

Memetik kenyataan Zaleha Mohd Khalid dalam akhbar berkenaan, dia hadir ke sana bagi menjelaskan salah faham yang berlaku apabila dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hubungan Jalani dan Raja Azmi sehingga menggugat keharmonian rumah tangga pasangan tersebut.

Gambar Zaleha Mohd Khalid dan Jalani Sidek Bercinta
Gambar Zaleha Mohd Khalid dan Jalani Sidek Bercinta

Kata Zaleha Mohd Khalid, pihak media telah menganggap hubungan istimewa yang diamaksudkannya itu hubungan cinta tapi pada hakikatnya, mereka hanyalah bersahabat bersama-sama menjalankan tugas secara profesional kerana Jalani penasihat di syarikat Zaleha.

"Saya tampil membuat penjelasan ini kerana mahu membersihkan nama saya dan menghindari salah faham. Saya tak mahu dipandang serong oleh masyarakat dan enggan isu ini berlarutan. Lebih daripada itu, saya tak mahu hubungan saya dengan keluarga Jalani terjejas kerana kami sudah begitu rapat lebih setahun lalu," kata Zaleha Mohd Khalid.

Zaleha Mohd Khalid Orang Ketiga Rosak Rumah Tangga?

Zaleha Mohd Khalid turut menambah bahawa tanggapan yang dia adalah orang ketiga dalam hubungan Jalani dan Raja Azmi sehingga menggugat keharmonian rumah tangga mereka adalah tidak patut sama sekali

"Saya berani menceritakan perkara sebenar kepada wartawan kerana tak mahu orang salah faham mengenai hubungan kami selama ini. Malah, apa yang saya cakap kepada media sebelum ini adalah dengan persetujuan Jalani sendiri jelas Zaleha Mohd Khalid lagi.

Zaleha Mohd Khalid dan Jalani Sidek Kerja Seperti Biasa

Ibu tunggal anak empat ini akui kekecohan yang berlaku turut mencalar maruahnya sebagai ketua keluarga dan ahli perniagaan.

"Buat masa ini saya masih lagi bersabar. Semuanya salah faham dan saya rasa ia perlu diperbetulkan. Sebenarnya saya pun kurang sihat dan akan ke Perth, Australia untuk berehat, sekali gus menyambung rawatan daripada pakar," katanya.

Ditanya mengenai kedudukan Jalani Sidek di syarikatnya ketika ini, Zaleha Mohd Khalid berkata ia akan tetap berjalan seperti biasa kerana Jalani Sidek seorang yang sangat amanah. (Sumber: Portal Murai)


Tengok Video Kisah Raja Azmi Insaf Masuk Lokap Sehari Semalam.


mohdrohaizad.com - Kontroversi terbaru mengenai Zaleha Mohd Khalid dan Jalani Sidek semakin bertiup kencang dalam media hiburan Malaysia. Zaleha Mohd Khalid menafikan jalin hubungan cinta bersama Jalani Sidek, namun ramai yang berpendapat sebaliknya. Betul ke Zaleha Mohd Khalid tidak cuba untuk merampas Jalani Sidek daripada Raja Azmi? Sama-sama kita nantikan drama mereka..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kontroversi Zaleha Mohd Khalid & Jalani Sidek Jalin Hubungan Cinta? By Mohd Rohaizad. Published: 9.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...