CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Leina Hangat Jadi Pelacur Didakwa Jual Diri


Betul Ke Terkini Leina Hangat Jadi Pelacur Didakwa Jual Diri?

Hanya kerana gambar tersebar luas di internet, penyanyi dangdut, Leina hangat dituduh sebagai artis yang sanggup menjual diri. Berdasarkan laporan akhbar Metro Ahad, penyanyi yang agak menyepi dari pena media ini terkejut apabila dirinya didakwa sanggup berkelakuan seperti pelacur.

Bagaimanapun, dengan rendah hati Leina atau nama sebenarnya, (Gambar) Nor Azlina Abdul Rahman, 39 tahun, mengakui dirinya memang berpakaian seksi dan menjelaskan situasi yang berlaku tatkala foto berkenaan diambil. Lebih berani lagi, penyanyi ini turut memohon jasa baik masyarakat supaya tidak menghentam dirinya yang mencari rezeki sebagai penghibur.

Leina Hangat Seksi Hot Artis Didakwa Berkelakuan Seperti Pelacur
Leina Hangat Seksi Hot Artis Didakwa Berkelakuan Seperti Pelacur

"Dengan rendah diri, saya hanya melengkapkan tugasan saya dengan menghiburkan tetamu, bukan menjual diri dengan adengan mengiurkan. Memang saya berpakain seksi tetapi itu keselesaan saya.

"Saya masih tahu batasnya dan saya tahu apa yang boleh buat, apa yang tidak boleh. Saya tidak begitu bodoh melakukan perkara tidak elok, tambahan pula dikhalayak ramai. Mungkin ada orang salah tafsir persembahan saya malam itu.

"Kenapa hanya lihat keburukan saya, sedangkan itu tanggungjawab saya sebagai penghibur? Kenapa perlu menjatuhkan saya sedangkan itu sumber pencarian saya? Saya hanya mahu jadi penghibur profesional," katanya.

Leina Hangat Sanggup Tayang Body Demi Hiburkan Tetamu Bukan Islam?

Menerusi laporan itu juga, Leina mengatakan gambar tersebut diambil sewaktu dia membuat persembahan makan malam tahunan anjuran sebuah syarikat. Malam itu, Leina ditugaskan menghiburkan tetamu yang kebanyakan bukan Islam.

Leina Hangat turut menegaskan penyebaran gambar terbabit berkemungkinan dilakukan peminat yang cemburu dengan layanannya terhadap tetamu lain. Malah, penyanyi ini memberitahu hanya menyanyi dan bergelek saja pada malam persembahan itu. (Sumber: Portal Murai)


Video Leina Hangat "Ceria Didalam Gundah" Artis Dangdut Seksi Hot Malaysia.


mohdrohaizad.com - Begitulah penjelasan terkini kontroversi Leina Hangat yang didakwa menjual diri seperti pelacur. Disebabkan Leina Hangat berpakaian menjolok mata untuk menghiburkan tetamu-tetamu yang bukan Islam menjadi isu apabila gambar Leina Hangat bergelek seksi menjadi bualan para peminat hiburan Malaysia.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Leina Hangat Jadi Pelacur Didakwa Jual Diri By Mohd Rohaizad. Published: 26.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...