CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Maya Karin Tidak Layak Berlakon "Ombak Rindu"


Kenapa Maya Karin Tidak Layak Berlakon "Ombak Rindu" Sebagai Watak Izzah?

Walaupun ramai yang memuji lakonan Maya Karin sebagai Izzah dalam ‘Ombak Rindu’, namun masih ada yang berpendapat watak itu tidak sesuai untuk wanita ini. Alasannya, Maya Karin tidak ada ciri-ciri wanita Melayu kampung. Selain berwajah kacukan, pertuturannya dalam Bahasa Melayu juga tiada lenggok Melayu.

Jadi, apa komen Maya Karin tentang pendapat ini? Jelas Maya Karin, dia kecewa dengan pendapat itu kerana percaya setiap individu punya pendapat tersendiri. Namun, Maya Karin sebagai pelakon dia telah melakukan yang terbaik untuk menjiwai watak itu.

Gambar Maya Karin Wajah Cantik Kacukan Indonesia Jerman
Gambar Maya Karin Wajah Cantik Kacukan Indonesia Jerman

“Saya berpendapat cerita ini mendapat sambutan yang begitu hebat kerana beberapa faktor. Salah satu daripadanya mestilah disebabkan oleh lakonan yang disampaikan oleh setiap pelakon terlibat. Kalau jalan cerita bagus, tetapi lakonan tidak bagus, mesti ramai yang tidak puas hati. Saya rasa dalam sesebuah filem, lakonan adalah lebih penting berbanding pelakon. Jadi, terpulanglah kepada peminat.

Selain itu, saya rasa mereka yang tidak setuju dengan pemilihan saya ini adalah mereka yang belum menonton filem ini. Kalau mereka sudah tonton, mungkin mereka tidak akan cakap begini. Walau bagaimanapun,  saya tidak ambil kisah tentang pendapat segelintir peminat ini. Paling penting, lebih ramai yang suka dan beri maklumbalas positif,” ujar Maya Karin yang ditemui baru-baru ini.

Gambar Maya Karin Bukan Wanita Melayu Terakhir
Gambar Maya Karin Bukan Wanita Melayu Terakhir

Sementara itu, Maya Karin juga meluahkan rasa gembira kerana filem ini mendapat sambutan yang cukup memberangsang.

Saya pun tidak sangka filem ini boleh mendapat mendapat kutipan lebih RM6 juta. Saya percaya ini adalah hasil usaha keras semua orang. Sebagai pelakon, sudah pasti saya mahukan yang terbaik untuk filem ini. Dalam masa yang sama, saya juga ingin ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada peminat yang memberi sokongan,” ujar Maya Karin lagi.

Maya Karin Belum Pasti Mahu Berlakon Drama

Memandangkan ‘Ombak Rindu’ akan diadaptasi ke drama bersiri pula selepas ini, Maya Karin turut ditanya sama ada akan terlibat atau tidak dengan penerbitan itu.

“Buat masa ini saya masih belum buat sebarang keputusan. Berlakon drama ini memerlukan masa yang panjang dan kalau boleh saya memang tidak mahu terikat dalam tempoh yang panjang.  Tapi, tidak mustahil saya mahu melakukannya kerana sebelum ini saya pun pernah berlakon dalam drama ‘Waris Jari Hantu’ dan ‘Anak Pontianak’ yang juga diadaptasi daripada filem.

Tengoklah macamana nanti. Kalau tempoh penggambaran tidak bertindih dengan mana-mana jadual kerja lain, mungkin saya akan berlakon,” ujar Maya Karin.

Dalam perkembangan lain, pelakon jelita ini bakal muncul dengan single terbaru pada awal tahun hadapan. Single berjudul ‘Mimpi’ itu adalah single kedua yang akan dimuatkan dalam album terbarunya yang masih dalam pembikinan. Maya Karin sudah pun memiliki dua album sebelum ini iaitu ‘Erti Cinta’ pada tahun 2002 dan ‘Bukan Qalamaya’ pada tahun 2004. (Sumber: Portal Gua)


Video Youtube Maya Karin Seksi Hot Mari Menari.




mohdrohaizad.com - Kenapa Maya Karin tidak layak memegang watak Izzah filem "Ombak Rindu"? Sehingga kini Maya Karin masih belum fasih berbahasa Melayu malah lenggok pun masih ada sedikit Indonesia. Mungkin sebab itu ramai yang mengatakan Maya Karin tidak sesuai memegang watak tersebut. Agak-agak anda siapa dapat memegang watak Izzah ya? Tiz Zakiah? Fazura? Fathia?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Maya Karin Tidak Layak Berlakon "Ombak Rindu" By Mohd Rohaizad. Published: 13.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...