CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

MFace Dilancar AC Mizal Selepas Gagal Jualan Langsung Gelang Magnet?


MFace Dilancar AC Mizal Selepas Gagal Jualan Langsung Gelang Magnet?

Banyak cerita tak enak dikaitkan dengan AC Mizal  sejak akhir-akhir ini. Antaranya dikatakan sudah jatuh gara-gara kegagalan perniagaan jualan langsungnya.

Kehadirannya melancarkan rangkaian sosial baru buatan Malaysia, mface hari ini membuktikan cerita negatif itu tidak sah. AC ialah Pengerusi mface yang dilancarkan penuh meriah dengan sokongan lebih 60 selebriti popular.

AC Mizal Beri Saham MFace Percuma Kepada Artis Malaysia
AC Mizal Beri Saham MFace Percuma Kepada Artis Malaysia

"Saya tahu macam-macam cerita pasal saya, ada yang kata saya mengalami masalah dan sudah jatuh. Kalau saya dah jatuh takkan saya mengadakan majlis malam ini," kata AC kepada media.

Dia sentiasa memandang positif walaupun sentiasa dihujani kritikan dan sebaran cerita sensasi yang tak benar.
"Saya selalu membaca fan page facebook Perdana Menteri. Dia lagi banyak dihemtam. Apalah sangat yang saya kena ni," katanya.

100,000 Saham MFace Untuk 60 Artis Malaysia

Dalam ucapannya AC mengumumkan artis yang ada di majlisnya akan diberikan 100,000 saham mface. Seramai 60 artis akan dapat saham itu apabila mface disenarai di Bursa Malaysia bila mencecah sejuta pelanggan.

Antara artis yang hadir termasuk Zizan Raja Lawak, Abby Abadi, Zain Saidin, Adlin Aman Ramli, Linda Rafar, Amyza Aznan, Azza, Maulana, Forteen, Afdlin Shauki dan ramai lagi.

"Saya menawarkan saham kepada artis kerana mereka mempunyai ramaii peminat dan boleh membawa ramai pengikut menyertai mface. saya yakin dalam masa sekiitar dua bulan boleh mencecah sejuta yang menyertai mface," katanya. (Sumber: Portal ManggaOnline)


Video MFace Tajaan Zizan Raja Lawak Setelah Menyertai AC Mizal.


mohdrohaizad.com - AC Mizal kata tidak mengalami kegagalan dalam jualan langsung gelang magnetnya. Betul ke AC Mizal? Bukan dah rugi teruk ke syarikat jualan langsung tersebut setelah didedahkan oleh media? Nampaknya Datuk AC Mizal beralih kepada MFace pula dengan bantuan 60 artis promosikan MFace. Kenapa anda perlu menyertai MFace tajaan AC Mizal? Ada lagi nak tertipu dengan helah teknik jualan langsung?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

MFace Dilancar AC Mizal Selepas Gagal Jualan Langsung Gelang Magnet? By Mohd Rohaizad. Published: 22.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...