CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Misha Omar Aktif Berlakon Sebab Nyanyian Tidak Laku


Misha Omar Aktif Berlakon Sebab Nyanyian Tidak Laku?

Penyanyi popular Misha Omar, 29 tahun, berkata pembabitannya secara aktif dalam bidang lakonan sejak kebelakangan ini bukan disebabkan oleh karier nyanyian yang semakin merudum, seperti dakwaan segelintir pihak.

Sebaliknya, Misha atau nama sebenarnya (Gambar) Samihah @ Aisah Omar, berkata keputusan untuk mengembangkan bakat ke bidang lakonan adalah bertitik-tolak daripada keinginannya sendiri yang mahu mengimbangi kedua-dua cabang seni itu.

Gambar Misha Omar Cantik Jelita Artis Malaysia
Gambar Misha Omar Cantik Jelita Artis Malaysia

“Sebenarnya, saya mahu mencipta profil sebagai anak seni yang berkebolehan dalam bidang nyanyian dan lakonan. Memandangkan peluang itu sudah terbuka, mengapa tidak saya mencuba?

“Namun, itu tidak bermakna karier nyanyian saya berdepan kejatuhan atau merudum. Selepas lapan tahun menceburi bidang ini, karier nyanyian saya sudah berada pada tahapnya sendiri. Saya selesa dengan kedudukan itu,” kata Misha Omar yang ditemui baru-baru ini.

Misha Omar berkata kecenderungan untuk mendalami bidang lakonan khususnya cabang teater didorong oleh kepercayaan dan sokongan orang-orang terdekat yang mempercayai bakatnya.

Misha Omar Berbakat Dalam Lakonan?

“Ramai orang terdekat yang menyedarkan saya akan bakat dan potensi dalam bidang lakonan termasuklah guru lakonan juga pengarah teater, Rosminah Tahir.

“Mengapa harus saya bazirkan peluang dan kepercayaan itu? Sebab itu, saya akui aktif berlakon dalam beberapa produksi teater kebelakangan ini.

“Jadual nyanyian masih berjalan dengan baik dan padat, di mana hampir setiap minggu saya memenuhi pelbagai undangan nyanyian di majlis-majlis tertentu dan korporat,” kata Misha Omar.

Ditanya tentang populariti dan kerjaya nyanyian yang dilihat kurang menyerlah, Misha berkata pada kedudukannya hari ini, senario berkenaan adalah sesuatu yang normal dan berlaku pada mana-mana artis senior.

Gambar Misha Omar Berlakon Teater
Gambar Misha Omar Berlakon Teater

“Pada kedudukan hari ini, saya tidak perlu lagi gusar untuk sentiasa berada di depan, menghiasi akhbar atau majalah. Hakikatnya, kita tidak perlu sentiasa berada di depan untuk menunjukkan kepada khalayak bahawa kita masih aktif.

“Saya lihat keadaan ini juga berlaku pada kebanyakan penyanyi senior lain di mana mereka terus aktif tetapi tidak perlu terlalu menonjol.

“Sudah tiba masanya saya memperoleh ilmu dalam cabang seni yang lain pula. Kini, saya gembira dan puasa kerana telah mencuba pelbagai bidang seni termasuk nyanyian, pengacaraan dan berlakon,” katanya.

Penyanyi yang mencipta nama menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta ini turut mengakui akan muncul dengan album terbaru pada suku pertama tahun depan.

Selain filem Gerak Khas The Movie 2 dan Main-Main Cinta, Misha pernah membintangi teater muzikal Gamat (2008), Uda & Dara (2010), Muzikal Tun Mahathir 1 & 2 (2010, 2011), Mak Dara Nyonya (2011) dan terbaru, Monolog Solo: Gadis Yatim. (Sumber: MStar)


Video Misha Omar Lagu "Menghitung Hari".




mohdrohaizad.com - Misha Omar memang dah kurang aktif dalam bidang nyanyian yang dirasakan kurang menyerlah baginya. Terkini Misha Omar akan memberi tumpuan kepada bidang lakonan yang ternyata mempunyai potensi untuk diketengahkan. Semoga berjaya Misha Omar!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Misha Omar Aktif Berlakon Sebab Nyanyian Tidak Laku By Mohd Rohaizad. Published: 20.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...