CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Nabila Huda Mengamuk Bekas Suaminya Zaidi Zailani Di Twitter


Nabila Huda Mengamuk Bekas Suaminya Zaidi Zailani Di Twitter.

Penyanyi lagenda rock, Amy Search akui tindakan anaknya, Nabila Huda melepaskan geram terhadap bekas suaminya, Zaidi Zailani di dalam laman sosial, Twitter adalah salah.

Malah, Amy Search berkata Nabila Huda sepatutnya tidak bertindak emosional sebaliknya lebih rasional untuk menyelesaikan hal peribadi mereka suami isteri.

Amy Search Nasihat Nabila Huda Jangan Mengamuk Di Twitter Sebab Zaidi Zailani
Amy Search Nasihat Nabila Huda Jangan Mengamuk Di Twitter Sebab Zaidi Zailani

"Terus-terang saya katakan, biar apa pun yang berlaku di antara mereka berdua saya tidak mahu campur tangan.

"Namun sebagai seorang ayah, memang tidak patut dia berbuat demikian kerana dia perlu matang dan rasional untuk menyelesaikan masalahnya bersama bekas suami.

"Dia tidak sepatutnya menggunakan laman sosial sebagai tempat melepaskan geram dengan tidak tentu arah.

"Sebaiknya, dia perlu berbincang secara baik dengan bekas suaminya daripada bertindak sedemikian," jelasnya yang tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai anaknya itu.

Amy Search Doakan Nabila Huda Yang Terbaik

Walaubagaimanapun Amy Search yang ditemui di sidang media Konsert Fenomena Search 30 Tahun Jelajah Borneo, malam semalam memberitahu dia sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anaknya.

"Perbuatan Nabila itu bukan sahaja memalukan dirinya, tetapi ia turut melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak. Kalau ditanya tentang perasaan saya, perasaannya pasti sama dengan ayah-ayah yang lain.

"Namun, sebagai bapa, pasti saya tidak mahu perkara sebegini berlaku dan harap di masa akan datang ianya tidak akan berulang lagi.

Nabila Huda Mengamuk Di Twitter Sebab Zaidi Zailani Burukkannya

Pada 27 November lalu, Nabila Huda telah meluahkan perasaannya di laman sosial, Twitter terhadap sikap bekas suaminya yang dikatakan sering memburuk-burukkan sikapnya.

Nabila Huda telah dikurniakan seorang anak perempuan, Keisya Laila hasil perkahwinan bersama bekas suaminya itu. (Sumber: Portal Murai)

Tengok Video Nabila Huda Komen Tentang Isu Ciumnya Bersama Jurulatih Selam.


mohdrohaizad.com - Amy Search sedaya-upaya menasihati Nabila Huda untuk tidak mengamuk di Twitter disebabkan kes perceraian dengan bekas suaminya Zaidi Zailani dan penjagaan anaknya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nabila Huda Mengamuk Bekas Suaminya Zaidi Zailani Di Twitter By Mohd Rohaizad. Published: 2.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...