CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Nadia Zainal Kecewa Tidak Popular Dengan Pantas


Nadia Zainal Kecewa Tidak Popular Dengan Pantas?

Dramatis dan aktivis teater, Nadia Zainal tidak berasa kecewa apabila namanya kurang dikenali walaupun telah bergelar sebagai seorang pelakon dari tahun 2008 lagi.

Nadia berkata, dia tidak mempunyai sebab tertentu untuk berasa terkilan kerana beranggapan nasib belum menyebelahinya untuk dikenali berbanding segelintir pelakon lain yang popular dengan pantas.

Gambar Nadia Zainal Terkilan Belum Popular
Gambar Nadia Zainal Terkilan Belum Popular

"Kalau masyarakat tidak perasan kehadiran saya dalam industri seni, tiada apa yang perlu dikecewakan kerana ia bukan sesuatu yang pelik.

"Mungkin juga ramai tidak mengenali saya kerana kebanyakan drama lakonan saya disiarkan di stesen televisyen yang kurang popular," ujar Nadia Zainal lagi.

Dalam pada itu, Nadia Zainal yang sedang sibuk dengan pementasan teater Asrar II berkata, walaupun kurang dikenali ia langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus mengejar cita-cita sebagai anak seni.

Gambar Nadia Zainal Kurang Gosip Kontroversi Untuk Kejar Populariti
Gambar Nadia Zainal Kurang Gosip Kontroversi Untuk Kejar Populariti

"Sejujurnya populariti bukan perkara yang saya kejar kerana penglibatan saya dalam bidang ini adalah kerana minat mendalam terhadap dunia lakonan dan pementasan teater.

"Bagaimanapun harus saya akui bahawa publisiti itu amat perlu kerana ia membantu meningkatkan populariti seseorang artis itu,” ujar Nadia Zainal merendah diri.

Sementara itu, Nadia berkata dia bersyukur kerana rezekinya dalam bidang lakonan tidak putus walaupun kurang pendedahan dalam media massa.

Gambar Nadia Zainal Tetap Seksi Hot Walaupun Kurang Pendedahan Media
Gambar Nadia Zainal Tetap Seksi Hot Walaupun Kurang Pendedahan Media

Ujar Nadia Zainal, sejak bergiat aktif sebagai pelakon, aktivitinya sentiasa padat dengan tawaran berlakon drama dan pementasan teater.

"Alhamdulillahlah rezeki masih ada dan paling menyeronokkan apabila saya dapat berlakon drama dan teater yang kedua-duanya memberikan kepuasan berbeza," kata Nadia Zainal gembira.

Antara drama lakonan Nadia Zainal adalah Impian Sunsilk, Blogger Boy 2, Inikah Cinta, Gadis Semasa, Apa Dosaku, Papa Nak Kahwin dan Epit dan Elly.

Manakala, Nadia juga pernah terlibat dalam pementasan teater seperti Bangsawan Haris Fadilah, Muzikal tun Abdul Razak, Kucing Berlari dan Bangsawan Bunga Sakti Cinta Malam. (Sumber: Mstar)



Tengok Video Nadia Zainal Dalam Impian Sunsilk.


mohdrohaizad.com - Nadia Zainal tetap terasa kecewa sebab tidak popular dengan pantas seperti artis yang lain. Yelah, Nadia Zainal kan kurang gosip kontroversi untuk naikkan nama. Takpa Nadia Zainal, slow2 up pun takpa janji jangan rosakkan nama sebab gosip kontroversi liar seperti sesetengah artis Malaysia yang sanggup buat apa saja demi popular.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nadia Zainal Kecewa Tidak Popular Dengan Pantas By Mohd Rohaizad. Published: 13.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...