CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ND Lala Kena Samun Mat Rempit Di Stesen Minyak


ND Lala Kena Samun Mat Rempit Di Stesen Minyak.

Penyanyi dan pelakon, ND Lala telah disamun lebih 10 Mat Rempit dalam kejadian awal pagi semalam, yang menyaksikan kereta BMW miliknya rosak teruk dan telefon bimbit iPhone serta kunci keretanya dirampas penyamun itu.

Akhbar Harian Metro hari ini melaporkan, kejadian itu berlaku sekitar jam 3.40 pagi di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang, awal pagi semalam.

ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 50, berkata sebelum kejadian pada pagi itu, dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Cheras selepas berjumpa prospek bagi menerangkan mengenai kursus perniagaan dianjurkannya.

ND Lala Redha Kena Samun 15 Orang Mat Rempit

ND Lala kemudiannya singgah sebentar di stesen minyak dan selepas ke tandas, dia masuk semula ke dalam kereta sebelum membuka telefon untuk membaca SMS. Ketika itulah dia dikejutkan dengan bunyi bising deruman enjin motosikal dan jeritan lebih 10 Mat Rempit datang mengelilingi keretanya.

Beberapa orang dari mat rempit itu kemudian bertindak memecahkan cermin keretanya dengan topi keledar dan salah seorang dari mereka telah mengarahkannya menyerahkan barangan berharga.

ND Lala Takut Dicederakan

ND Lala yang juga bapa kepada penyanyi Shila Amzah kemudian menceritakan lagi, yang dia pada mulanya tidak berani keluar kerana bimbang dicederakan, namun terpaksa mengalah selepas dipaksa dan cermin keretanya dipecahkan. Dia kemudian menyerahkan telefon bimbit iPhone dan kunci keretanya kepada mat rempit itu yang kemudian terus memecut meninggalkan tempat kejadian.

Kehilangan dua barangan itu menyebabkan ND Lala kerugian hampir RM4,000 kerana kunci keretanya buatan eksklusif dan perlu ditempah di luar negara. Dia bagaimanapun bersyukur kerana tidak diapa-apakan kumpulan penyamun itu.

Selepas kejadian, ND Lala segera menghubungi polis dengan bantuan pekerja stesen minyak itu sebelum polis membawanya ke Balai Polis Setapak untuk membuat laporan. (Sumber: Portal Murai)


mohdrohaizad.com - Kesian juga apabila ND Lala kena samun dengan 15 orang mat rempit, tambah-tambah ditempat awam yang mempunyai ramai orang lalu-lalang. Nasib baik ND Lala tidaklah cedera teruk semasa kejadian samun.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ND Lala Kena Samun Mat Rempit Di Stesen Minyak By Mohd Rohaizad. Published: 9.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...