CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Nikita Willy Sinetron "Putri Yang Ditukar" "Safa dan Marwah"


Pelakon Indonesia Nikita Willy Sinetron "Putri Yang Ditukar" "Safa dan Marwah".

Pelakon popular Indonesia, (Gambar) Nikita Willy yang hangat dengan sinetron Safa dan Marwah dan Putri Yang Ditukar kini berada di Malaysia bagi mempromosi dua single terbarunya.

Menurut Nikita Willy, dia menceburkan diri dalam bidang nyanyian bagi memgembangkan bakat seni yang ada dalam dirinya.

Gambar Nikita Willy Pelakon Sinetron Indonesia Popular
Gambar Nikita Willy Pelakon Sinetron Indonesia Popular

"Saya sudah lapan tahun berada dalam bidang lakonan dan membintangi beberapa filem dan sinetron Indonesia, bidang nyanyian pula merupakan percubaan pertama saya.

"Bagaimanapun maklum balas masyarakat di Indonesia banyak beri sokongan dan galakkan kepada lagu-lagu ini," katanya pada sidang media pelancaran album Nikita Willy, di sini, Khamis.

Album Nikita Willy

Selain itu, mini album yang memuatkan lima buah lagu termasuk tiga buah lagu lama akan berada dipasaran pada 12 Disember ini.

Dalam pada itu, penyanyi baru ini masih dalam proses rakaman bagi menyiapkan 12 buah lagu untuk dimuatkan dalam album penuhnya.

Sementara itu, bercerita tentang kehidupan peribadi, Nikita Willy mengakui baru sahaja putus cinta dengan kekasihnya, Bara Tampubolon pada Rabu lepas.

Nikita Willy dan Diego Michelis Bercinta?

Namun Nikita Willy menafikan hubungan tersebut putus berikutan khabar angin yang mengatakan dia kini rapat dengan pemain bola sepak Indonesia, Diego Michelis.

Gambar Nikita Willy Seksi Hot Indonesian Actress
Gambar Nikita Willy Seksi Hot Indonesian Actress

"Ya, saya sedang bersedih kerana hubungan saya dan Bara baru sahaja putus Rabu lalu. Banyak halangan yang datang sepanjang kami bercinta dan salah satunya adalah pegangan agama yang berbeza.

"Namun ia bukan kerana saya curang dengan Diego, saya dan Diego hanya kawan dan saya tidak mengenali dia seperti yang dikhabarkan media Indonesia," katanya.

Jelas Nikita Willy lagi, buat masa ini dia masih belum bersedia memikirkan tentang percintaan dan mahu memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang pelajaran dan kerjayanya. (Sumber: MStar)


Tengok Video Nikita Willy dalam Lagu "Kutetap Menanti".




mohdrohaizad.com - Nikita Willy merupakan salah seorang pelakon sinetron yang mendapat perhatian di Malaysia. Sinetron "Putri Yang Ditukar" dan "Safa dan Marwah" berjaya mempopularkan Nikita Willy. Selain itu, Nikita Willy turut berbakat dalam bidang nyanyian, jangan lupa saksikan Nikita Willy di Malaysia nanti..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nikita Willy Sinetron "Putri Yang Ditukar" "Safa dan Marwah" By Mohd Rohaizad. Published: 9.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...